Pelakon, penyanyi, pelawak dan pengacara veteran ini berharap akan kembali pulih seperti sediakala untuk kembali bergiat aktif dalam bidang seni yang menjadi punca pendapatannya.
Jika disebut nama Muhammad Latiff Ismail, 64, ramai yang tidak mengetahui siapa gerangannya insan seni ini.
Ketika sudah berjaya dalam bidang lakonan, Isma tetap tidak mahu melupakan bakat menyanyinya.
Justeru, dia menerima pelawaan syarikat rakaman EMI dan berjaya menghasilkan empat album iaitu ‘Eksyen Saja’, ‘Dengar Tau’, ‘Kembara Duka’ dan ‘Macam-Macam’.
Kebanyakan lagu berunsur komedi dan Isma mempunyai kemahiran meniru suara personaliti tertentu.
Sebagai artis rakaman membolehkan Isma mengembangkan rezeki dengan diundang menyanyi pada pelbagai pentas di seluruh negara.
Di samping itu Isma juga memperkembang bakatnya dengan menjadi juruacara bagi majlis tertentu.
Namun sejak beberapa tahun lalu, nama Isma mula tenggelam dari bidang seni.
Namanya muncul kembali setelah keluar berita dalam media massa bahawa Isma dimasukkan ke Hospital Ampang pada 15 Disember 2023 kerana mengalami serangan jantung dan terpaksa ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.
Antara persatuan artis yang melakukan kunjungan dan memberi sumbangan ialah Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM).
Sumbangan telah disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang datang bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabanga, Mohd Kamri Kamaruddin.
Isma turut mengucap terima kasih kepada persatuan-persatuan artis, rakan-rakan seni, para peminat dan orang ramai yang menghulurkan sumbangan dan mendoakan kesihatannya untuk kembali pulih seperti sediakala.
Sejak sumbangan Ziarah Madani untuk insan seni mula diperkenal oleh Perdana Menteri setahun lalu iaitu Oktober 2023, Isma menjadi penerima ke-20.