USAHA murni seorang lelaki mengamalkan sedekah subuh di masjid melalui hasil jualan kitar semula dengan mengumpul serta mengutip sampah-sampah yang boleh dikitar semula telah meraih perhatian orang ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @mufarizam, kelihatan beberapa jemaah mengambil roti dan bungkusan nasi lemak yang diagihkan merupakan sedekah subuh lelaki itu setelah selesai berjemaah.
Lagi
“Sedekah subuh hasil jualan barangan kitar semula sambil menderma di masjid,” jelasnya.
Rata-rata pengguna media sosial menghargai usaha murni lelaki itu serta memberikan pandangan amalan sedekah boleh dilakukan dengan pelbagai cara dengan istiqamah rezeki yang disediakan luas oleh sang pencipta.
“Alhamdulillah, sedekah subuh ini seronok. Kakak bila sedekah subuh simpan sendiri, kumpul sampai jumpa kemudian beri pada seseorang,” ujar @mahsuri.
“Rezeki akan sampai tepat pada waktunya,” tulis @ShemFishem.
“Alhamdulillah semoga saya juga boleh lakukan ibadah seperti ini,” kata @June. - KitaReporters