Seni & Sukan 20 Aug, 2022

Video| Nasib kau memang baik! Kebetulan ambulans lalu! Selamatkan mangsa kemalangan motosikal!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


KEMALANGAN berlaku tanpa diduga lagi-lagi ketika menggunakan di jalan raya. Tetapi, sikap kemanusiaan yang ada dalam diri kita untuk berhenti membantu membuatkan mangsa dapat diselamatkan.

Baru-baru ini tular sebuah video, di mana kemalangan dua motosikal dari arah berbeza yang menyebabkan kemalangan akibat motosikal itu memecut laju semasa lampu isyarat bertukar warna merah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kenderaan ambulans


Ini menyebabkan penunggang motosikal dari arah bertentangan dilanggar dan kelihatan terjatuh dan cedera. 

Apa yang menarik perhatian netizen apabila sebuah ambulans tiba-tiba muncul dan menyelamatkan penunggang motosikal ini.



Kehadiran ambulans ini secara kebetulan membuatkan netizen berasa sangat kagum kerana berjaya tiba dengan cepat bagi membantu mangsa sebelum orang awam membuat panggilan untuk membantunya.

Ada juga netizen berpendapat bahawa penunggang-penunggang motosikal sepatutnya mematuhi lampu isyarat agar nyawa orang lain tidak terkorban.

Jadi anda semua patuhilah lampu isyarat dan undang-undang jalan raya agar kemalangan boleh dielakkan. - KitaReporters


7
10
0
11
0
You will be interested