Gaya Hidup 25 Jul, 2020

Nak ngeteh! Tunggukan lagu Teh Tarik Mark Adam bersama Shuib

@khadijah ibrahim
Pernah bertugas di Kumpulan Utusan dan pernah bertugas di biro Johor. Kini masih aktif dalam dunia penulisan.

Share this

PENGALAMAN menunaikan ibadat umrah dua tahun lalu bersama rakan baik, Shuib Sepahtu merupakan satu memori yang berharga kepada Mark Adam. Malah ketika berada di Tanah Suci Mekah, Mark turut memperoleh ilham untuk mencipta sebuah lagu berunsur Islamik. : KitaReporters

Mark Adam bakal tampil single baharu bersama Shuib Sepahtu, pada 28 Julai 2020 ini.


“Lagu ini berunsur keagamaan, bercerita tentang pengalaman kami di sana. Apa yang kami rasa itu pasti pernah dirasai orang lain juga yang berpeluang menunaikan umrah.

“Dalam lagu ini ada selawat dan sesuai untuk anak-anak. Lagu berjudul Teh Terakhir ini, selain saya dan Shuib, turut sama ialah Zaynn Nakal.

“Harap lagu yang akan dilancarkan sebelum Hari Raya Aidiladha ini dapat memberi impak kepada yang mendengar,” kata Mark yang ditemui pada majlis pembukaan kedai Bubble Bee, baru-baru ini.

Mark Adam dan isteri, Norazah Redzuan menunaikan ibadat umrah pada 2019. - Kredit foto: FB @ArtisBerhijab 


Lagu Teh Terakhir dicipta sewaktu Mark dan Shuib menunaikan umrah, pada 2018. - Kredit foto: FB Qashwa Travel HQ


Majlis sidang media memperkenalkan lagu Teh Terakhir ini akan diadakan di Suara Academy, Petaling Jaya pada 28 Julai 2020 ini.

Selain itu, Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah, 41, turut berkongsi pengalamannya berlakon telefilem sulung arahan Janna Nick

Mark Adam gembira mendapat tawaran berlakon dalam telefilem Delen 2020 daripada Janna Nick.


Delen 2020 merupakan telefilem pertama yang diterbitkan oleh produksi Janna Nick iaitu JN Studio & Entertainment yang menampilkan pelakon Sean Lee, Dini Schatzmann, Sherry Al-Hadad, Joey Daud dan Hadith Omar.

Kata Mark, beliau tidak ragu-ragu menerima tawaran daripada Janna kerana telah mengenali pelakon dan pengacara tersebut sejak empat tahun lalu.

“Baru-baru ini saya diajak oleh Janna Nick untuk berlakon dalam telefilem keluaran pertama produksinya. Dia sebagai pengarah dan bagi saya watak komedi.

“Empat tahun lepas, saya bekerja dengan dia dan Syukri Yahya dan dari situ kami menjadi kawan. 

"Saya benar-benar suka dengan sikap Janna Nick kerana dia tak lupa kawan. 

"Bila dia ajak saya berlakon dalam telefilem tersebut, saya setuju kerana senang bekerja dengan dia,” kata Mark yang menyokong produk kawannya itu. - KitaReporters.

Bersama barisan pelakon Delen 2020, arahan Janna Nick.

2
1
0
0
0
You will be interested

Keluarga Malaysia: Sahabat BTHO infak al-Quran! Bantu SRA dibuka semula! Selepas bencana banjir!

Sahabat Kelas al-Quran Bandar Tun Hussein Onn (BTHO) Cheras infakkan 170 naskhah baharu al-Quran. Bantu SRA Batu 13 Puchong dibuka semula selepas bencana banjir

Rosdi Ismail in Gaya Hidup 2 days ago

Mudahkan urusan! MBSB Bank sumbang mesin kira duit kepada masjid di Perlis! Libatkan 104 masjid!

Sebagai salah satu usaha CSR, MBSB Bank cawangan Kangar tampil sampaikan sumbangan mesin kira duit kepada 104 masjid di Perlis secara berperingkat-peringkat
Nur Sabrina Samsudin in Gaya Hidup 1 day ago

Video| GV8 separuh akhir: Aweera, Nikki terhebat! Perjalanan Shidee, Ani Maiyuni pula terhenti!

Enam penyanyi mara ke final GV8. Mereka ialah Aweera, Nikki Palikat, Aliff Aziz, Azan Scan, Adibah Noor dan Suki Low. Tersingkir ialah Shidee dan Ani Maiyuni
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Dituduh tinggalkan ibu sendirian! Normala Samsudin sedih disindir! Itu semua pilihan ibu!

Normala Samsudin luahkan rasa sedih dan kecewa apabila segelintir netizen kecamnya kerana tinggalkan ibunya bersendirian di kampung kerana itu pilihan emaknya
Zul Akmar Jamaludin in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Inilah dia pemenang trend! Hebat kau dik! Teh ais ikat tepi dah jadi teh ais masuk kolam!

Banyak trend diikuti golongan muda dalam Tiktok termasuk bawa sebuah plastik air besar. Namun pemuda ini tiba-tiba jatuh ke dalam sebuah kolam di belakangnya
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago