Seni & Sukan 25 Jul, 2020

Rumah Klasik Kuantan! Galeri rakyat bagi mengimbau nostalgia

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

SETIAP individu mempunyai cara dan cita rasa berbeza dalam menyimpan barang lama. Ada yang menjadikannya sebagai hiasan di ruang tamu atau sekadar menyimpannya dalam stor sahaja. Malah ada juga yang menjualnya kerana tidak berminat untuk dijadikan koleksi atau tiada tempat untuk diletakkan. Sepertinya tidak pandai menghargai khazanah zaman silam. : KitaReporters


Rumah Klasik Kuantan yang dibuka sejak 2017 juga dikenali sebagai Galeri Rakyat


Kredit foto-foto: Rumah Klasik Kuantan


Barang antik biasanya menjadi pilihan pengumpul barang lama kerana beranggapan ia adalah satu dalam seribu. 

Jika tidak disimpan, pasti hilang ditelan zaman. Tiada lagi kenangan untuk dilihat anak cucu. 

Barang antik bukan sampah ye!

Jika anda tidak berminat untuk menyimpan kerana beranggapan tidak berfaedah apa kata, serahkan kepada Rumah Klasik Kuantan (RKK)

Mereka tahu untuk menguruskannya. Hantar saja barang yang anda tak perlukan ke RKK. 

Terletak di Jalan Galing Besar di tepi Jalan Beserah, Kuantan, Pahang lokasi ini juga dikenali sebagai Galeri Rakyat.

Diusahakan oleh kumpulan peminat barangan antik, rumah kayu lama itu menempatkan pelbagai koleksi barangan yang mendokumentasikan sejarah-sejarah di Kuantan dan negeri Pahang

Berkunjunglah ke sini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan sejarah Pahang.

Ruangan dapur yang penuh nostalgia. - Kredit foto: Bernama



Kedai gunting rambut 


RKK bagai mencerminkan semula suasana zaman dulu kala bertemakan konsep kedai jahit, kedai runcit, balai polis, kedai gunting rambut, kedai basikal, bilik tidur, ruang tamu, dapur dan kelas darjah

Memang awesome! 

Selain itu, banyak bahan bacaan bertulis seperti buku dan surat lama turut dijadikan koleksi. Ia adalah bentuk pembelajaran yang bernilai tinggi kepada generasi sekarang dan akan datang.

RKK diusahakan oleh Ahmad Shirmi Tamsil bersama dua rakannya, Faizal Izwa Nawi dan Muhammad Khairuddin Rosli yang juga peminat barangan antik bermula 2016.


Pingat-pingat lama tersusun kemas di RKK 


Katanya lagi, rumah itu pada asalnya dijadikan lokasi peminat barangan antik berhimpun sebelum mereka membuat keputusan menukarkannya sebagai lokasi menghimpun dan mempamer barangan lama, sekali gus membawa kepada penubuhan RKK tiga tahun lalu.

Ahmad Shirmi berkata, rumah yang disewa daripada seorang penduduk tempatan dibina sekitar 50-an dan hanya diubah suai sekali sahaja iaitu pada 70-an menjadikan ia ‘keputusan paling tepat’ untuk mereka menghimpunkan barangan klasik di situ.

RKK kini menjadi 'Pusat Sehenti Pelancongan Warisan dan Budaya' di Kuantan yang mempamerkan serba sedikit barang dan bahan sejarah tinggalan orang Kuantan dari era 50-an, 60-an, 70-an dan 80-an.



Galeri yang menyimpan pelbagai khazanah lama


Menurutnya, rumah itu dibahagikan kepada beberapa bahagian dengan tema berbeza bagi menghidupkan kenangan lama, seperti ruangan dapur yang dilengkapi pinggan mangkuk dan koleksi mangkuk tingkat lama yang sering digunakan nenek moyang zaman dulu.

“Begitu juga dengan ruang tamu dan bilik tidur, semuanya perabot lama dan dikekalkan seperti keadaan asal supaya zaman nostalgia itu hidup dalam diri setiap pengunjung.
"RKK juga mempunyai sudut rumah pasung atau balai polis, kelas, sudut pustaka dan ruangan kedai gunting rambut dan kedai makan lama,” katanya.
Sebagai contoh, katanya, ruangan balai polis mempamerkan pakaian seragam polis dan laporan polis tulisan tangan dari tahun 1966 serta keratan akhbar yang melaporkan pelbagai kejadian membabitkan pasukan keselamatan itu.
RKK juga menyimpan barangan paling lama iaitu sebuah pengasah pensel besi daripada Jerman yang diperbuat pada tahun 1920.
Golongan wanita yang berkunjung ke RKK pasti tertarik meninjau bahagian dapur kerana terdapat replika dapur kayu dan tikar bersama tudung saji tiga segi yang diperbuat daripada mengkuang dan beberapa tin susu dan minuman dari zaman lama tersusun di para kayu berhampiran dapur. 

Wanita dan dapur memang tidak dapat dipisahkan.

Selain barangan antik, RKK yang terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dengan kenderaan dari pusat bandar kuantan turut mempamerkan wang kertas lama dan gambar lama kesultanan Pahang serta bandar Kuantan.
“Kami mengeluarkan belanja sendiri demi menyuntik semangat generasi muda hari ini supaya tidak lupa sejarah,  walaupun banyak berhadapan dengan dugaan termasuk mereka yang cuba menjual barangan palsu.
"Konsep klasik yang diketengahkan juga menarik minat ramai orang sehingga rumah ini menjadi pilihan kepada pasangan pengantin dan keluarga yang mahu merakam gambar dalam suasana lama," katanya.

Antara koleksi gambar lama bandar Kuantan yang tersimpan kemas di RKK 


Gambaran ruang tamu rumah era 60-an dan 70-an


RKK dibuka setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 10 pagi hingga 5 petang

Harga tiket yang adalah RM4 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-kanak dan warga emas, manakala bagi pelajar sekolah beruniform dikenakan tiket masuk dengan kadar hanya RM1.00 sahaja.

Tempahan lawatan boleh dibuat jika mahu berkunjung pada hari lain dengan menghubungi talian 0196199045

Pendapat penulis mengenai RKK tidak lain ialah ia mempamerkan bukan barangan seperti di muzium yang selaku kita lawati tetapi mengenai barangan yang kita, ibu bapa kita dan datuk nenek kita guna setiap hari. '

RKK memilih untuk berbeza! 

Yang menjadikan galeri rakyat ini lagi best ialah ia juga ada dokumen seperti sijil nikah, bil api (elektrik), sijil akedemik, surat pajak, saman majlis perbandaran dan lain-lain, di samping buku-buku dan majalah lama. 

Itu yang membezakan RKK dengan muzium yang biasa kita lawati. 

Simpan untuk dilihat generasi akan datang.


RKK adalah satu satu destinasi unik dan sewajarnya dikunjungi jika ke Kuantan. 

Inilah lokasi yang boleh memberi kefahaman kepada generasi baharu mengenai kehidupan masyarakat zaman dahulu. 

Jemputlah berkunjung ke galeri seni satu dalam seribu ini. Bakal memberi kenangan indah dan mengimbau memori lama. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested