Seni & Sukan 01 Dec, 2021

Video| Separuh akhir Muzik Muzik 36 kedua dikuasai wanita! Kecuali Khai Bahar, pasangan duet!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


SEBANYAK 10 buah lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik (MM) 36 (MM36) pada pusingan kedua yang diumumkan pada Ahad 28 November 2021 lalu, menjadikan hampir keseluruhannya dikuasai penyanyi wanita kecuali Khai Bahar yang tampil secara solo denyaksikngan lagunya, 'Durja'.

Selain itu, penyanyi lelaki yang dilihat berduet dengan pasangan wanita masing-masing terdiri daripada Syamel, penyanyi berasal Brunei Darussalam tetapi menetap di Indonesia, Jaz Hayat; Kumpulan SOP dan Noki K-Clique.

Syamel berduet bersama isterinya, Ernie Zakri  melalui lagu ‘Goodbye Hello’ sementara Shiha Zikir dengan Noki membawa lagu ‘Aewo’ manakala Jaz akan bersama Kaka Azraff dalam lagu ‘Karma’, dan Kumpulan SOP pula membawa bersama Shila Amzah  dalam lagu ‘Pelukan Angkasa’.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Muzik Muzik



Melihat pada senario tersebut rata-rata penyanyi wanita solo yang berjaya ke pentas separuh akhir iaitu Misha Omar dengan lagu ‘Tanpa Rela’Wany Hasrita ('Cinta Khayalan'), Ara Johari ('Tetap Aku Cinta'), Marsha Milan ('Cinta') mahu pun Aina Abdul ('Sepi')  menganggap ia rezeki mereka mampu ‘mencuri’ hati juri.

Satu-satunya penyanyi otai, Misha Omar menganggap kuasa wanita bukan bererti saingan hebat buat kaum lelaki tetapi satu penghormatan penyanyi wanita terus memperlihatkan perkembangan dan diletakkan setanding  lelaki.



Pun begitu, Misha tidak menolak masih rasa berdebar apabila berada di pentas separuh akhir kelak apatah lagi lagu yang bertanding adalah ciptaannya sendiri.

“Selama ini Kak Mitch menyanyikan lagu komposer lain tetapi kali ini mempertandingkan lagu ciptaan sendiri, tentulah rasa lebih terharu apabila berjaya ke separuh akhir bersama penyanyi-penyanyi wanita generasi baharu,” ujar Misha yang sering membahasakan dirinya Kak Mitch,  sebagai satu-satunya penyanyi senior pada sidang media yang berlangsung secara maya sebaik pengumuman 10 lagu yang berjaya ke separuh akhir dalam program Muzik-Muzik (MM) 36 (MM36) pada 28 November 2021  lalu diumumkan oleh hosnya, Alif Satar dan Sissy Imann (gambar bawah).



Berlainan pula dengan Wany Hasrita yang rasa seronok bertemu rakan-rakan artis wanita di pentas sama.  

“Terasa macam ‘reunion’ lebih daripada bertanding kerana kami pun jarang berjumpa jika tidak berkumpul seperti ini,” jelas Wany  yang turut dipersetujui Ara Johari dan Ernie Zakri yang turut hadir secara maya bersama Kaka Azraff, Shiha Zikir serta Aina Abdul.



“Ya ini sesuatu yang harus dibanggakan dengan harapan kita dapat berkongsi satu energi di pentas,” ujar Ernie sambil mengakui rasa sedikit gementar apatah lagi ini pertama kali beliau akan bernyanyi ketika hamil 7 bulan semasa pentas separuh akhir berlangsung pada akhir Disember kelak.

Tak apa Ernie, Syamel kan ada di sebelah! Mungkin rezeki anak boleh menang masuk pentas akhir, mana tahu?


Dalam pada itu, kesemua 10 semi finalis terlibat memberitahu akan menjalani kelas vokal bagi memantapkan vokal masing-masing dalam persediaan memberikan persembahan terbaik pada pentas separuh akhir Muzik Muzik yang dijangka akan berlangsung pada 31 Disember 2020 ini.

Sementara itu, teruskan menonton Muzik Muzik 36 pada 5 Disember 2021 untuk mengetahui 10 lagu terakhir yang bakal bertanding pada pusingan separuh akhir nanti.  - KitaReporters




14
9
0
13
0
You will be interested