Seni & Sukan 07 Dec, 2021

Video| Remaja 16 tahun lamar gadis 17 tahun! Ibu bapa tak larang! Teruja bakal dapat menantu awal!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Aiman turut hadir dalam majlis melamar. - Kredit foto: Video TikTok @udehafizul2

KEDUA-DUANYA masih bersekolah. Remaja lelaki dikenali sebagai Aiman menuntut di Tingkat Empat, sementara si gadis dikenali sebagai Wana berada di Tingkatan Lima dan akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
Hasrat untuk berumah tangga dalam usia masih terlalu muda bukan dilarang oleh ibu bapa, sebaliknya mereka gembira bakal mendapat menantu dan cucu.

Majlis akad nikah dijangka berlangsung setelah si gadis menamatkan peperiksaan SPM.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kahwin muda

Aiman dan Wana turut berfoto bersama dalam majlis lamaran. - Kredit foto: Video TikTok @udehafizul2



Si bapa dikenali sebagai Ude Hafizul yang menyertai urusan peminangan memuat naik video urusan peminangan itu dalam akaun TikToknya, @udehafizul2. 

Dalam video itu kelihatan majlis berlangsung meriah dengan keluarga kedua-dua pihak kelihatan mesra. Si remaja lelaki turut hadir dan bergambar bersama dengan si gadis.

Melalui video itu, si ayah menceritakan bahawa anaknya dan bakal menantunya hanya selisih setahun. Keluarganya terlihat menyambut bahagia kehadiran bakal menantu.

"Alhamdulllah selesai majlis bertunang anak kami. Tak lama dapat menantulah kita,” kata si ayah. - KitaReporters


13
11
0
13
0
You will be interested