Kota Bandung, Indonesia kehilangan seorang pemimpin yang disegani, dihormati dan disayangi apabila Walikota (Datuk Bandar), Oded Muhammad Danial, 59, meninggal secara mengejut pada Jumaat, 10 Disember 2021 akibat serangan jantung.
Namun kematiannya secara mulia.
Pemimpin yang lebih mesra dipanggil Mang Oded, meninggal selepas rebah di masjid ketika menunaikan solat sunat sebelum menjadi khatib solat Jumaat.
Lagi cerita-cerita duka berkaitan husnul khatimah
ODED MUHAMMD DANIAL
Memandangkan Allahyarham seorang tokoh yang dihormati dalam kalangan masyarakat setempat, segala perilakunya mencuri perhatian ramai.
Dari saat turun kenderaan, masuk ke dalam masjid, disapa para jemaah dan juga ketika dia duduk berbincang bersama pihak pengurusan masjid di dalam sebuah bilik, semuanya menjadi perhatian.
Kemudian ada juga rakaman yang menunjukkan beliau menuju mimbar. Allahyarham yang mesra disapa sebagai Mang Oded itu, sempat bertanya khabar dengan jemaah di sebelahnya.
Ketika berdiri di hadapan orang ramai untuk mendirikan solat sunat, Mang Oded tiba-tiba rebah. Dia segera dibawa ke hospital tetapi disahkan telah meninggal.
Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Pemergiannya pada hari Jumaat diratapi ramai dan menjadi tajuk berita, dengan para netizen turut mendoakan Allahyarham.
Rakannya Gabenor Jawa Tengah, Ridwan Kamil turut menyembahyangkan jenazahnya dan kemudian dibawa ke kampungnya di Tasikmalaya kira-kira jam 11.30 malam. - KitaReporters