Gaya Hidup 13 Oct, 2021

Kerana cintakan al-Quran! Noor Syakirah tubuh Edu & Quranic Centre dan Nurussyakirin Misi Quran!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

SEBAHAGIAN koleksi buku dan nota pembelajaran Noor Syakirah Abdul Wahab yang digunakan di Edu & Quranic Centre  dan Nurussyakirin Misi Quran.


MINAT yang mendalam terhadap al-Quran mendorong seorang wanita berusia 25 tahun dari Besut, Terengganu beranikan diri menubuhkan sebuah pusat pembelajaran sendiri bagi melahirkan lebih ramai individu celik al-Quran.

Berbekalkan pengalaman sebagai pemimpin pelajar sewaktu menuntut di Universiti Mu'tah di Jordan, penubuhan 

Edu & Quranic Centre dan Nurussyakirin Misi Quran sekali gus membolehkan Noor Syakirah Abdul Wahab mempraktikan segalanya untuk menabur bakti kepada komuniti setempat.


Lagi cerita-cerita menarik tentang pusat agama


Noor Syakirah ketika mengendalikan pembelajaran al-Quran di Edu & Qranic Centre.


Sehingga kini, pusat pembelajaran al-Quran diasaskan Noor Syakirah telah mempunyai lebih 150 anak didik terdiri daripada 85 pelajar dewasa dan 65 orang kanak-kanak. 

Biarpun telah memiliki pusat pembelajaran A-Quran sendiri namun wanita cekal ini tetap mahu menimba ilmu dan buktinya kini sedang bertalaqqi Riwayat Syukbah.

Wow! Hebatkan...


 

NOOR SYAKIRAH


Lebih menarik lagi, Noor Syarikah juga menjayakan program kerohanian  kepada remaja sekolah rendah dan menengah terutama ketika musim cuti sekolah.

Kem-kem yang dijalankan oleh Nurussyakirin Misi Quran ialah Klinik Soleh Genius Siri 1 dan Siri 2, Addeen Superb, Qawieyul Amien, Iftahul Quran dan Bravo Ya Habibi.

Dengan bakat kepimpinan yang ada pada jiwa, beliau bertekad mengabadikan dirinya untuk terus menyumbang kepada masyarakat setempat.


 

Noor Syakirah menerima sijil penghargaan dari Ahli Exco Kerajaan Negeri Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah kerana pembabitan aktif dalam NGO.


Beliau juga telah melatih adik -beradiknya untuk menjadi ahli jawatankuasa program, guru Al-Quran dan guru subjek dalam Nurussyakirin Edu & Quranic Centre.

Malah, pengalaman beliau dalam bidang berkenaan menyebabkan dia pernah dijemput mejadi Ketua Fasilitator Quran Di Hatiku, anjuran Fatihatul Quran di Selangor.

Noor Syakirah mahasiswa dari Universiti Mu’tah, Jordan, pernah menyandang hampir 20 jawatan pada peringkat universiti, dari ahli jawatankuasa sehingga kepada timbalan pengarah dalam program berskala besar.




Antara jawatan disandangnya termasuklah Yang Dipertua II Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA), Setiausaha 1 Jabatan Kesetiausahaan Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah(PERMATA) , Biro Pembangunan Hal Ehwal Wanita Majlis Mahasiswa Malaysia Jordan(MPMMJ), Unit tatacara dan undang-undang suruhanjaya pilihan raya PERMATA dan unit protokol dalam pelbagai program serta Jabatan Mentor.

Mempunyai pengalaman luas dalam dunia kepimpinan, beliau pernah dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan oleh Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah dan Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan.

Bukan itu sahaja, sejak di bangku sekolah lagi, beliau telah memasuki pelbagai sukan sehingga ke universiti. Di sekolah menengah, beliau dinobatkan sebagai Tokoh al-Farabi dan pernah memenangi pingat perak kejohanan badminton (KESSUMA) dan dianugerahkan sekali lagi sebagai olahragawati di peringkat universiti. 

Dengan kelebihan yang ada, kepimpinan bagi seorang Noor Syakirah cuba sedaya upaya untuk terus berkhidmat dalam apa jua untuk memberi manfaat yang besar kepada masyarakat dalam pelbagai bidang. 

Semoga cita-cita murni wanita berjiwa tinggi tercapai bukan sahaja dengan kejayaan di dunia tetapi sebagai bekalan di alam sana nanti! - KitaReporters


Ruang tempat belajar Al-Quran di Edu &Qranic Centre milik Noor Syakirah

25
24
1
20
0
You will be interested

Video| Sangat unik, luar biasa! Trak RM300k jadi mas kahwin! Terus pandu selesai akad nikah!

Majlis akad nikah di Pati, Jawa gemparkan penduduk apabila pihak lelaki bawa mas kahwin berupa sebuah lori besar yang dianggarkan berharga kira-kira RM300,000

Shukor Adan umum nak gantung but! Buru Piala Malaysia keempat! Hadiah persaraan diri, KL City!

Lebih dua dekad banting tulang sebagai pemain profesional, Shukor Adan berhasrat untuk bersara sekiranya ditakdirkan Kuala Lumpur City FC rampas Piala Malaysia
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 6 hours ago

Video| GV8: Masih tiada penyingkiran! Episod 3 akan ada terkeluar! Nico G, Fazley, Ani Maiyuni?

Melihat dua persembahan yang telah berlangsung, salah satu artis yang dijangka mungkin akan tersingkir ialah sama ada Nico G, Fazley Yaakob atau Ani Maiyuni
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| Insiden Safiq tanduk kepala Faisal! Pemain berpengalaman pun mudah koyak ke? - Subadron

Sebagai pemain profesional, berpengalaman dan jadi idola pemain muda, Safiq Rahim tak patut mudah koyak dan bertindak tanduk kepala Faisal Halim - Subadron Aziz
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Gaya Hidup 23 hours ago

Video| Mengintai Dari Tirai Kamar top di Indonesia! Saari Amri ubah jadi Buih Jadi Permadani!

Nama Exists jadi bualan hangat kerana lagu ciptaan Saari Amri, Mengintai Dari Tirai Kamar jadi top di Indonesia. Judul diubah sedikit jadi Buih Jadi Permadani
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 1 day ago