Seni & Sukan 13 Oct, 2021

Terjah 2 agensi untuk disantuni! JKPD Penggaram menghargai jasa, pengorbanan kakitangan Pos Malaysia, anggota APM!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Zaidi(kanan) menyantuni kakitangan Pos Malaysia yang gigih melaksanakan tanggungjawab untuk penduduk.


DUA agensi diterjah Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Penggaram, Johor sebagai menghargai dan memberi penghormatan di atas jasa mereka menabur bakti kepada penduduk di kawasan DUN berkenaan.

Kakitangan Pos Malaysia dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) disantuni menerusi Program JPKD Penggaram Prihatin apabila menerima bungkusan makanan berupa sarapan pagi yang diagihkan pengerusinya, Zaidi Japar pada 11 Oktober 2021.

Zaidi berkata, sumbangan itu amat kecil jika dibandingkan dengan jasa dan pengorbanan dicurahkan dua kakitangan agensi terbabit dalam memikul amanah  dipertanggungjawabkan  tanpa mengira waktu.

Menurutnya, selain mampu eratkan hubungan silaturahim program itu menjadi platform terbaik untuk kakitangan agensi berkenaan berkongsi maklumat jika mengetahui individu atau pelbagai pihak yang menghadapi masalah dan memerlukan bantuan segera.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Pos Malaysia


Suraya (kiri), Kamarudin dan Zaidi(kanan) menunjukkan isyarat bagus selepas beramah mesra dan menyantuni kakitangan Pos Malaysia.


Jelas beliau, kakitangan Pos Malaysia yang setiap hari ke kawasan kediaman penduduk seperti taman perumahan serta kawasan terpencil untuk menghantar surat dan sebagainya sudah pasti paling dekat dengan masyarakat sekali gus berkesempatan mendengar keluhan mereka.

“Tindakan ini bukanlah untuk ‘menyibuk’ tetapi maklumat didengari itu boleh dimaklumkan kepada pihak kami untuk turun padang bagi membantu penduduk terbabit supaya tidak terlepas pandang,” katanya.

Pada program itu, sebanyak 90 bungkusan makanan sarapan diagihkan kepada kakitangan Pos Malaysia Cawangan Serahan Mail Pos Malaysia Taman Flora, Cawangan Pos Malaysia Pesta,  Cawangan Pos Malaysia Jalan Cengal dan Pejabat Pos Jalan Rahmat, Batu Pahat.


Zaidi(kanan) menyerahkan bungkusan makanan sarapan kepada wakil anggota APM Batu Pahat sambil diperhatikan Suraya (kiri).


Hadir sama dalam program yang mendapat kerjasama daripada Nona Penggaram ialah Timbalan Pengerusi JPKD Penggaram, Misran Samian; Pengerusi Kebajikan JPKD Penggaram, Mohd Hamidi Mad Tap;  Pengerusi Nona Penggaram, Suraya Abd Kahar dan Pengurus Serahan Daerah Pos Malaysia Batu Pahat, Kamarudin Kamizan.

Sementara itu, pada program berasingan Zaidi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat turut menyantuni anggota APM daerah itu dengan mengagihkan 20 bungkusan makanan sarapan sebelum mereka keluar bertugas.

Menurut beliau, semua ahli JKKD Penggaram menzahirkan ucapan terima kasih kepada anggota APM yang gigih menyumbangkan keringat bagi membantu penduduk di DUN Penggaram khusus dalam situasi kecemasan dan bencana alam.


Mohd Hamidi (empat dari kanan) bersama-sama Zaidi, anggota APM dan ahli Nona Penggaram selepas mengagihkan bungkusan makanan sarapan.


Beliau berkata, sebagai contoh pernah dalam beberapa kejadian bencana alam yang menimpa penduduk seperti ribut dan banjir kilat anggota APM bersama-sama anggota pasukan penyelamat lain seperti bomba antara terawal yang sampai di tempat kejadian.

“Tindakan mereka yang dedikasi serta senantiasa bersemangat membantu penduduk yang ditimpa musibah amat saya kagumi terutama apabila melihat mereka cukup terlatih dan tenang menghadapi situasi kecemasan.

“Saya juga senantiasa berharap supaya mereka dapat menyalurkan maklumat serta memberi info terkini kepada JPKD Penggaram jika mengetahui ada penduduk yang terkesan selepas ditimpa bencana bagi membolehkan bantuan disalurkan segera,” katanya.-KitaReporters

21
13
0
12
0

Terjah 2 agensi untuk disantuni! JKPD Penggaram menghargai jasa, pengorbanan kakitangan Pos Malaysia, anggota APM!

You will be interested