Seni & Sukan 22 Dec, 2020

Hampir setahun tak berjumpa! Vicha sebak anak ucap Hari Ibu!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

HARI Ibu merupakan hari khas untuk mengenang jasa ibu-ibu yang melahir dan membesarkan anak-anak. Walaupun ibu sepatutnya diraikan setiap hari, namun dengan adanya hari khas ini memudahkan anak-anak untuk memperingati seterusnya membuat pelbagai majlis atau menyampaikan ucapan kepada ibu masing-masing. : KitaReporters


Vicha bersama anak-anak di kampung ketika sebelum COVID-19 melanda seluruh dunia.


Lagi kisah-kisah berkaitan ibu:

https://kitareporters.com/tag/ibu


Sungguhpun seluruh dunia menyambut Hari Ibu, namun hari sambutannya berbeza mengikut negara. Kalau di Malaysia, Hari Ibu disambut setiap 9 Mei. Manakala di Indonesia pula Hari Ibu disambut setiap 22 Disember

Tidak semua orang mampu menyambut Hari Ibu bersama. Ada anak yang sudah tiada ibu dan ada yang tinggal berjauhan. Jadi, bagi sesiapa yang boleh menyambut Hari Ibu bersama-sama, maka bertuahlah mereka.

Sebut Hari Ibu, mungkin kisah pelawak popular, Vicha Saywho atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman sedikit meruntun perasaan. 



Ucapan Hari Ibu daripada anak sulungnya membuatkan Vicha menjadi sebak.


Sedia maklum, pelawak berasal dari Indonesia ini merantau ke Malaysia untuk mencari rezeki. Malah, demi sesuap nasi, dia sanggup meninggalkan tiga orang anaknya di kampung halaman.

Walaupun sibuk mencari rezeki di negara orang, Vicha tidak sesekali melupakan anak-anak. Malah, dia sering pulang ke kampung halamannya iaitu Bandung sekiranya ada peluang.

Namun, disebabkan COVID-19, rutin tersebut tidak dapat dilakukan. Malah ketika Syawal lalu pun dia tidak berpeluang untuk menyambutnya bersama anak-anak.


Sudah sembilan tahun Vicha merantau ke Malaysia mencari rezeki.


Menurut Vicha dalam Instagramnya, dia sudah hampir setahun tidak bertemu dengan anak-anaknya. Justeru, mesej ucapan Hari Ibu yang diterima daripada anak sulungnya meruntun hati dan perasaannya.

“Selamat Hari Ibu untuk semua ibu di luar sana. Jujur rasa sebak pagi tadi dapat mesej daripada anak sulung ucapkan selamat Hari Ibu kepada saya.

“Ya Allah tak rasa Januari (2021) ini setahunlah saya tak jumpa dengan anak-anak. Belum pernah lagi sampai macam ni tapi nak buat macam mana keadaan yang buat macam ni. Kita hanya boleh berdoa sahaja agar COVID-19 ni cepat selesai.

“Insya-Allah kita sama-sama berdoa supaya boleh cepat selesai semuanya dan kita boleh mulai lagi aktiviti macam biasa,” tulisnya.


Vicha berkongsi tangkap layar mesej yang diterima daripada anak sulungnya.


Sementara itu ramai netizen yang turut berasa sedih dan kagum dengan kecekalan dan kekuatan yang dimiliki Vicha. Tiada ibu yang sanggup berjauhan dengan anak-anak yang masih bersekolah seperti mana Vicha lakukan.

“Kenapa setiap lihat ini saya selalu menangis. Perjuangan awak luar biasa ibu. Anda adalah wanita hebat. Semoga awak selalu sihat dan dipermudahkan segala urusan, aamiin,” tulis salah seorang netizen.


Ramai yang kagum dengan pengorbanan dan kekuatan yang dimiliki Vicha.


Semoga pandemik COVID-19 ini cepat berlalu agar Vicha dapat kembali ke kampung halaman bertemu anak-anak yang dirindui. 

Walaupun teknologi masa kini membantu mendekatkan orang yang jauh, namun tidak sama kalau dapat bertemu secara empat mata. - KitaReporters

1
2
0
0
0
You will be interested