Seni & Sukan 31 Dec, 2020

Tabung amal IRAMA! Bagi bantu Bob Loman dan lain-lain! Susun jadual buat jelajah seluruh negara

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

JOHOR BAHRU merupakan persinggahan pertama program jelajah amal IRAMA bagi membantu Bob Lokman dan penggiat-penggiat seni tempatan yang lain yang amat memerlukan. Kali ini sumbangan amal ini turut dikongsikan kepada artis Ayai Ilusi yang juga turut mendapat ujian musibah baru-baru ini. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita menarik berkaitan IRAMA:

https://kitareporters.com/search?search=konsortium+industri


Dalam satu kenyataan media, IRAMA atau Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia memberitahu, dengan sokongan daripada artis dan selebriti anak Johor, program amal ini telah berlangsung meriah walaupun terpaksa mengehadkan pengunjung demi menjaga SOP yang sejak awal petang mula memenuhi ruang Warisan@7 cafe di Jalan Petri, Kampung Tarum, Johor Bahru, yang menjadi penaja venue.

Antara barisan artis dan seleberiti anak Johor yang turun membantu dan memberi sumbangan persembahan pada 26 Disember 2020 itu adalah:

  • Sharom Hussien
  • Bandi Amuk
  • Malek Zabarjad
  • Jatt BDB
  • Emma Rockers
  • Yazir AF
  • Toy AF




Turut hadir sebagai tetamu undangan adalah Ameng Spring; bintang sukan bina badan, Sazali Samad; wartawan terkenal, Nas Ahmad; dan DJ Isma Alif Hamzah dari BapakkuFM yang turut menaja live streaming program ini.

Radio popular yang beroperasi di Johor iaitu BestFM pula turut membantu menjadi Rakan Media program ini.

Program ini turut menggamit tetamu VIP iaitu Dato Zakaria Mohd Salleh, ADUN Permas merangkap Pengerusi KEJORA. Beliau juga menderma pada Tabung Amal IRAMA malam tersebut.

Seorang lagi VIP, Dato’ Zainal Abu Bakar dari Melaka yang mengiringi Ameng Spring turut hadir dan menghulurkan sumbangan tunai untuk Tabung Amal ini.



“Insya-Allah, melihat pada sambutan daripada artis dan seleberiti yang ingin bersama-sama membantu rakan artis dan penggiat industri seni lain, IRAMA akan meneruskan jelajah ini ke negeri-negeri lain

"Kami sedang menyusun jadual program ini yang akan dimaklumkan dari semasa kesemasa,” kata Presiden IRAMA, Ayob Abd. Majid dalam kenyataan media itu. - KitaReporters




0
0
0
0
0
You will be interested