Seni & Sukan 04 Jan, 2021

Tahniah Saniy! Antara 39,241 penyertaan! Nama UUM terpahat pada MUN Antarabangsa Asia Afrika

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

SEBANYAK 39,241 penyertaan diterima daripada lebih 186 negara bagi menyertai Persidangan Dalam Talian bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Model (Model United Nations atau MUN) Antarabangsa Asia Afrika mulai 15 hingga 18 Januari 2021 bagi mengasah bakat wakil delegasi dari aspek komunikasi, penulisan, pemikiran kritikal dan kepemimpinan. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM:

https://kitareporters.com/search?search=uum


Paling membanggakan, siswa Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Saniy Samsudin, 22, yang menerima tawaran sebagai delegasi persidangan itu, berkata peserta yang terpilih di bawah PBB seperti UNICEF, SOCHUM, UNWTP dan lain-lain perlu mengkaji, membahas dan menyelesaikan masalah situasi berdasarkan negara dan tajuk yang diberikan oleh penganjur nanti.



Pelajar semester tiga Ijazah Sarjana Muda Kewangan Dengan Kepujian UUM itu terkejut dan berasa gembira apabila terpilih menyertai persidangan yang akan menjadi platform kepadanya untuk pembangunan diri, sekali gus memberi pendedahan dalam bidang akademik dan juga kepemimpinan pada peringkat nasional serta antarabangsa.

Katanya, penyertaan itu terbuka kepada belia di seluruh negara yang berusia antara 17 hingga 25 tahun dan ingin menimba pengalaman dalam model antarabangsa sebagai diplomat di Asia Afrika.


Muhammad Saniy Samsudin ketika menghadiri perjumpaan dengan Naib Canselor dan TNC Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM.


Muhammad Saniy ketika menyertai Axiata Foundation University Leadership Development Programme (ULDP) secara atas talian pada 13 hingga 24 Julai lalu.


“Penyertaan secara maya ini akan diadakan dengan mengambil kira pengalaman perwakilan, surat motivasi termasuk mematuhi peraturan Persidangan Dalam Talian MUN Antarabangsa Asia Afrika untuk memastikan keselesaan dan keselamatan perwakilan,” katanya ketika dihubungi. 

Penerima Anugerah Biasiswa Naib Canselor UUM itu berkata, walaupun pandemik koronavirus (Covid-19) melanda dunia dan negara namun bukan alasan mahasiswa universiti pengurusan terunggul berkenaan tidak menyertai mana-mana aktiviti, program, seminar dan kursus baik pada peringkat universiti, negeri, kebangsaan atau dunia kerana banyak program dilaksanakan cara online.


Muhammad Saniy (tengah) pada majlis penyampaian pelitup muka dan sanitizer kepada Kelab Media Kedah anjuran Inasis Malten dan Prowins UUM. 


Muhammad Saniy berkata, Covid-19 bukanlah penghalang untuk dia tidak menyertai mana-mana program kerana berbekalkan semangat dan cintakan keluarga, agama, bangsa dan negara pastinya dapat mengasah bakat komunikasi, kepemimpinan, kemahiran secara kritikal dengan lebih meluas lagi.


Muhammad Saniy sebagai fasilitator bersama-sama pelajar Kyoto Sangyo University Japan: International Sintok Sakura Summer Camp.


Beliau yang sebelum ini menyertai Axiata ULDP 2020 berharap sokongan dan dorongan daripada ibu bapa, Naib Canselor Prof Dato’ Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni ) Prof Madya Dr Hendrik Lamsali, Dekan Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin, Pengetua Inapan Siswa Malten Dr Rohani Abdullah, felo-felo, pensyarah-pensyarah serta rakan-rakan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) semua akan menjadi tunggak kekuatan untuk membuktikan kejayaan dalam penyertaan persidangan julung kali itu. 

Presiden JKPS Inapan Siswa Malten merangkap Presiden Majlis Presiden (MPJ) Inasis UUM yang sebelum ini berpengalaman sebagai rakan fasilitator ketika membantu pelajar dari Kyoto Sangyo University Japan dan bekas pembentang kertas kerja bagi sekolah tinggi antara Malaysia dan Indonesia yakin peluang yang diberikan itu akan membantu beliau untuk melonjakkan nama UUM nanti. - KitaReporters


Prof Madya Dr Hendrik Lamsali menyampaikan hadiah kepada Muhammad Saniy. 


Muhammad Saniy bersama ahl-ahli keluarganya

11
9
1
0
1
You will be interested