Seni & Sukan 15 Apr, 2021

Berita Terkini| PDRM umum pertukaran, kenaikan pangkat 23 pegawai kanan! Berkuat kuasa 17 Mei

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 23 pegawai kanannya berkuat kuasa pada 17 Mei 2021 ini.

Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Superintendan Skandaguru Anandan berkata, antara yang terlibat ialah Pegawai Pemerintah Batalion 3 Briged Utara, Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri; dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Bidor, Perak, Superintendan Rosman Kasman.

Jawatan baharu Rosman adalah Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), JKDNKA Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Pegawai Turus Pengurusan Dasar dan Sumber Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Perak, Superintendan Lam Chien Fei pula dilantik sebagai Timbalan Komandan (Latihan) Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” katanya yang dipetik oleh Bernama di Kuala Lumpur, Khamis, 15 April 2021.

Skandaguru menambah, Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuching, Sarawak bagi menggantikan Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani.

“Awang Din kini dilantik sebagai Timbalan Ketua JPJKK (Perancangan Strategik) Johor, selain itu, Timbalan Komander Pasukan FRU, JKDNKA Bukit Aman, Asisten Komisioner Noor Hisam Nordin pula dilantik menjadi Ketua JPJKK Pahang dengan memangku pangkat Senior Assisten Komisioner.

“Pertukaran lain turut melibatkan Pegawai Turus E4B Cawangan Khas Bukit Aman, Asisten Komisioner Winston Tan Thye Wa yang dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Jawatan Winston Tan akan digantikan Supt E4A1Cawangan Khas Bukit Aman, Zulkifli Arin dengan memangku pangkat Asisten Komisioner," katanya.

Skandaguru menambah, pertukaran itu turut melibatkan Pegawai Turus Operasi Darat, JPJKK Sarawak, Superintendan Ang Seow Aun yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Siasatan/Perundangan, Sabah dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Selain itu, Pegawai Turus (D9) Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Salleh dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Selangor. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

1
0
0
0
0
You will be interested