PELAKON Hans Isaac, 48, pernah berjanji akan memulangkan semua gaji dan elaunnya selama 13 bulan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) kepada karyawan seni yang memerlukan akibat pandemik Covid-19. Kini dia telah menunaikan janji tersebut. : KitaReporters
Hans dilucutkan jawatan pada 24 Mei 2020 menerusi surat yang ditandatangani Menteri Komunikasi dan Mutimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.
Berpegang pada janjinya, bekas Pengerusi FINAS ini pada Khamis, 18 Jun 2020 mulai mengagihkan sumbangan kepada sebahagian golongan karyawan yang memerlukan.
Menurutnya, bentuk sumbangan berupa barang keperluan untuk 80 krew dan individu produksi filem yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Hans dilucutkan jawatan pada 24 Mei 2020 menerusi surat yang ditandatangani Menteri Komunikasi dan Mutimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.
Dia mula memegang jawatan itu pada 8 April 2019.
Beberapa hari selepas dilucutkan daripada jawatan, Hans mengadakan sidang media yang menyatakan niatnya untuk memulangkan gaji dan elaunnya bagi jawatan itu kepada pekerja seni.
Berpegang pada janjinya, bekas Pengerusi FINAS ini pada Khamis, 18 Jun 2020 mulai mengagihkan sumbangan kepada sebahagian golongan karyawan yang memerlukan.
Perkara itu dinyatakan menerusi satu posting dalam akaun Instagramnya @hansisaac.
Menurutnya, bentuk sumbangan berupa barang keperluan untuk 80 krew dan individu produksi filem yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
"Saya dah dengar cerita mereka, memang sekarang masa yang sukar buat mereka.
"Ini masanya untuk kita bersama , we have to take care of each other.
"Saya akan bantu apa yang termampu," katanya.
"Saya akan pilih mana yang memerlukan tidak kiralah krew, jurusolek, atau mana-mana individu belakang tabir. Saya akan bantu," tambahnya. - KitaReporters
Tags: