Seni & Sukan 20 Jun, 2020

Soal jantina anak! Tak perlu teka teki sangat, Fazura pohon!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

SETIAP kali pasangan selebriti ini, Fazura dan Fattah Amin berada di khalayak ramai sudah tentu tumpuan diberikan ke arah si isteri, yang kini hamil 6 bulan. Biasalah dalam keadaan sebegitu soalan cepu emas yang lazim ditanya netizen, adakah bayi yang dikandungnya itu lelaki atau perempuan? - KitaReporters

Kredit foto Instagram @missfazura


Jika korang bijak sangat cer tenung gambar Fazura atau pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin, 36,  di bawah ini dan cari jawapan sendiri sebab baik Fazura mahu pun suaminya, Fattah tetap tidak akan dedahkan jantina anak sulung yang bakal dilahirkan kira-kira tiga bulan lagi tu.


“Tak perlu teka bayi lelaki atau perempuan okey semua? 

"Kami sebagai bakal menjadi ibu bapa pilih untuk tak buat apa-apa pengumuman sehingga bayi lahir. 

"Mohon doakan bayi sihat dan Faz selamat melahirkan nanti. Itu harapan utama kami, sayang semua,” itu jawapan Fazura atau lebih mesra disapa Faz kepada korang semua, ya.

Jadi janganlah nak kepoci sangat tau sebab tuan empunyai badan pun dah jawab segala persoalan. 

Nak tahu  tunggu aje lagi tiga bulan ya…

Fazura menjelaskan demikian  melalui Instastory yang dimuat naik semula daripada pengurusnya, Iman Tang ketika beliau ditemui wartawan di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.


Kenapa Faz ke mahkamah?

Jangan pula korang tak tahu ya, Faz ke sana untuk perbicaraan kes yang dimenanginya baru-baru ini  malah mahkamah memerintahkan syarikat yang menyamannya itu membayar RM40,000 pula kepadanya.

Fazura didapati tidak bersalah dan bebas atas dakwaan melanggar kontrak bagi mempromosikan produk kecantikan dan kesihatan Trudolly oleh syarikat Maydan Trading.

Apa pun itu namanya rezeki anak kan… disaman, kes menang dapat RM40,000 lak lagi...


Ok ketepikan kisah kes itu. Sudah tentu Faz menerima keputusan mahkamah itu dengan rasa syukur apabila kebenaran telah terbukti.

Kembali kepada soal anak, Faz meminta orang ramai untuk tidak perlu berteka-teki mengenai jantina zuriat yang bakal lahir nanti.

Apa yang diperlukan, Faz meminta peminat di luar sana supaya mendoakan dia dan bayinya dalam keadaan sihat dan selamat.


Jika dihitung tempoh kehamilannya yang kini sudah 6 bulan, Faz dijangka melahirkan bayi sulungnya itu sekitar bulan September kan? 

Jika benarlah beliau bersalin pada bulan September tentu Faz meraikan kegembiraanya  dua kali ganda sebab tarikh kelahirannya pun adalah pada bulan September iaitu 27 haribulan.

Apa apa pun kita sama-sama doakan yang terbaik buat pelantun lagu ‘Paling Sempurna’ yang dinyanyikan bersama suami tercinta, Fattah Amin ini.

Semoga bayi yang bakal lahir menyempurnakan kehidupan pasangan romantis ini yang telah menanti dengan penuh sabar untuk menimang cahaya mata setelah mendirikan rumah tangga pada tahun 2017.

Terbaharu, Faz dan Fattah mengembalikan nostalgia apabila merakamkan semula lagu klasik dendangan asal Hail Amir dan Uji Rashid berjudul “Seloka Hari Raya” dengan gaya mereka tersendiri,

Menariknya promosi mengenainya dilakukan dalam video ala animasi yang memperlihatkan ‘baby bump’ Fazura. Jom tontonnya melalui Instagram Fattah Amin di bawah ini. - KitaReporters


@fattahaminz : Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri! Terimalah ‘Seloka Hari Raya’ kami featuring baby bumb! 😄 Now boleh stream di semua platform digital. @universalmusic_my


0
0
0
1
0
You will be interested