Seni & Sukan 30 May, 2020

Cikgu Salehudin simpan koleksi kad raya semua raja Melayu!!

@nur ain darwishah
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan.

Share this
WALAUPUN kini kad hari raya tidak lagi popular seperti satu ketika dahulu tetapi ia pasti menimbulkan nostalgia bagi mereka yang pernah melalui zaman kegemilangan itu. Sekeping kad hari raya mampu menyimpul pelbagai kenangan indah apatah lagi jika ia kiriman daripada insan istimewa. : KitaReporter

Pesara guru, Salehudin Mat Rasad,  62, menunjukkan koleksi kad hari raya dari sembilan Raja Melayu termasuk daripada Sultan Brunei Darussalam yang dikumpul sejak sepuluh tahun lalu.


Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, kiriman kad ucapan Selamat Hari Raya sentiasa menjadi pilihan. 

Itu ketika gajet-gajet canggih terutama telefon bimbit belum menguasai dunia maya. 

Namun, dalam dunia teknologi hari ini yang berkembang pesat, bayangan kad ucapan itu semakin terpinggir dan sukar dilihat di mana-mana kerana sudah ada penggantinya. 

Telefon bimbit sebagai pengganti!

Namun begitu, bukan semua kalangan kita yang menafikan kehadiran kad raya itu, malah mereka menjadikannya sebagai koleksi peribadi kerana ianya dapat diabadikan sebagai kenangan yang begitu istimewa. 
Kad raya diraja selayaknya diberi nama.
Dan ia bukan khalayan tetapi kenyataan. 


Bagi seorang pesara guru, Salehudin Mat Rasad, 62, mengumpul kad hari raya sejak sepuluh tahun lalu adalah satu kepuasan bagi dirinya apatah lagi kad yang dikumpul dan disimpan dengan baik itu adalah kad yang diterima daripada sembilan Raja Melayu di negara ini termasuk dari negara Brunei Darussalam

Terima kad hari raya daripada Raja-Raja Melayu? Hebat nih!!! 

Cerita Salehudin, dia tidak pernah lupa menghantar kad ucapan hari raya setiap tahun kepada semua Raja Melayu termasuk Sultan Brunei Darussalam. 


Salehudin berkata, kiriman kad ucapan hari raya yang dihantar kepada sembilan Raja Melayu termasuk Sultan Brunei Darussalam itu adalah cara beliau yang tersendiri untuk menzahirkan kesetiaan kepada Raja-Raja Melayu.
"Biarlah orang nak kata apapun tapi bagi saya inilah satu cara untuk saya zahirkan rasa hormat dan setia kepada raja dan negara. 

"Syawal tahun ini pun saya masih kirimkan kad ucapan hari raya.

"Saya menjadi terharu dan teruja apabila kad saya dibalas dengan rekaan kad yang begitu menarik dan cantik siap ada gambar raja berkenaan walaupun saya menghantar kad biasa sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya Taman Saujana, Jerantut, Pahang. 
Salehudin berkata, beliau mula mengumpul kad hari raya itu ketika mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 18, Maran, Pahang dari 2002 sehingga Ogos 2018.



"Selain Raja-Raja Melayu, saya juga mengutus kad ucapan hari raya Aidilfitri kepada Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.    

"Kini koleksi kad balasan ucapan baginda semua masih disimpan untuk dijadikan kenangan dan nilai sejarah pada masa akan datang," katanya. Siapa tahu ada yang berminat untuk melihat rekaan kad raya Diraja. 

Boleh jadi bahan sejarah untuk dekad akan datang!

Antara koleksi penuh 10 keping kad hari raya Aidil Fitri ialah daripada Sultan Brunei yang diterima dari tahun 2002 sehingga 2018 iaitu kad berwarna kuning diraja yang tertera gambar Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang segak dan bergaya. 
Salehudin berkata, banyak lagi kad balasan yang diterima daripada baginda sultan, raja serta Yang di-Pertuan Agong berada dalam koleksinya untuk tempoh sepuluh tahun walaupun ada juga antaranya yang telah hilang. 

Salah letak lah tu!!


Katanya, koleksi paling disayanginya ialah kad raya yang diterima daripada Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah ketika baginda bergelar Sultan Pahang yang kebanyakannya memaparkan potret baginda bersama Sultanah Hajah Kalsom dan anakanda baginda berdua, Tengku Arif Temenggung Pahang, Tengku Fahd Mu'adzam Shah. 

"Setiap tahun untuk tempoh 10 tahun berturut-turut saya menerima kad kiriman baginda sebagai balasan daripada kad raya yang saya kirim. 

"Saya amat terharu dan pada masa sama cukup teruja kerana kad kiriman saya dibalas baginda.

"Ada sekeping kad ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri yang bagi saya sangat istimewa dan ada 'sentimental value' kerana Almarhum Paduka Ayahanda dan Sultanah menurunkan sendiri tanda tangan baginda

"Cumanya saya tak ingat tahun bila terima kad itu," katanya.


Turut menjadi koleksi beliau ialah kad ucapan hari raya Aidilfitri yang diterima daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda bergelar Tengku Mahkota Pahang. 

Siapa yang tidak teruja terima kad raya daripada pemimpin kan?? 

Salehudin juga menerima kiriman balas kad ucapan hari raya selama lima tahun berturut-turut daripada Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin ketika baginda bergelar Yang di-Pertuan Agong X111. 

Sehingga kini, Salehudin masih menerima kad raya daripada baginda sultan.

Salehudin turut menerima kad ucapan daripada Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika baginda menaiki tahta sebagai Yang Di-Pertuan Agong X1V dan bergelar Sultan Kedah.
Koleksi kad raya lain adalah daripada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz; Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Sultan Perak Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. 
Salehudin juga menyimpan kad raya daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj; Sultan Johor, Sultan Ibrahim; Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun (Dr) Haji Abdul Rahman Haji Abbas dan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.
Turut berada dalam koleksi kad raya Salehudin ialah kad kiriman daripada bekas Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi; bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak; dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika bergelar Timbalan Perdana Menteri. 

Bukan semua rakyat bertuah untuk menerima kad hari raya daripada pemimpin utama negara tau!!!

Pelbagai cara yang rakyat boleh gunakan dalam menzahirkan rasa hormat dan setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja, sultan dan pemerintah negara malah ianya selaras dengan prinsip Rukun Negara yang kedua iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara. 
Menyimpan kad kiriman mereka juga adalah satu kaedah dalam melahirkan perasaan kasih dan sayang kepada individu terpenting negara. 
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Cikgu Salehudin! Koleksi peribadi yang sangat tinggi nilainya. : KitaReporters

7
0
0
1
0
You will be interested