Seni & Sukan 02 Aug, 2020

Nak ke Langkawi? Menginap di Villa Sawah! Dapat diskaun 50%!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

BEKAS guru kanan kemanusiaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Nyior di Jitra, Kedah, Aisyah Rashid  yang mengusahakan Villa Sawah di Kampung Mawar dekat Makam Mahsuri di Langkawi sejak 2018 menawarkan diskaun 50 peratus kepada pelancong yang menyewa vilanya. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita mengenai pelancongan:

https://kitareporters.com/search?search=pelancongan


Katanya, penurunan harga ini memberi peluang kepada pelancong dalam dan luar negara yang berminat untuk menyewa penginapannya yang berbentuk rumah inap (homestay) mewah ini.

Katanya, Afaf Zawani, 28, seorang lulusan akauntasi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah dilantik untuk menjadi Pengurus Vila yang terletak di tengah sawah berlatarbelakangkan Gunung Raya di pulau ini.


'Kedamaian dan keindahan moden beraspirasi traditional ini pastinya jadi tarikan pengunjung yang ingin bercuti di Pulau Legenda ini,' ujarnya lagi.


Sementara itu, Afaf yang dihubungi berkata, wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia juga memberi kesan dalam sektor pelancongan terutama di Langkawi ini.

"Saya memberi keyakinan, pelancong yang memilih Villa Sawah ini pasti berpuas hati dengan pemandangan sawah di penginapan ini  termasuk pengisian aktiviti yang kami sediakan untuk pengunjung kami," ujarnya lagi.




Penginapan yang disediakan juga amat eksklusif di mana setiap vila mengandungi tiga bilik disediakan satu kolam mandi termasuk tiga bilik air, ruang tamu, mesin basuh, dapur, set barbeku dan dihiasi dengan landskap dalaman.

"Tawaran diskaun ini hanya sah sehingga akhir tahun 2020 ini," tambah Afaf.

Oleh itu mereka yang ingin merancang percutian di Langkawi boleh menghubungi talian 01164425944 untuk keterangan lanjut. - KitaReporters




7
2
1
0
0
You will be interested