Seni & Sukan 22 Mar, 2021

AADK Marang serbu sarang penagih! Seorang terkencing dalam seluar! Seorang bawa anak 6 tahun!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SERAMAI 26 lelaki dipercayai penagih dadah yang ditahan dalam operasi AADK Daerah Marang di Kampung Gemuroh, Bukit Payong, Marang, Terengganu pada 20 Mac 2021. - Kredit foto: Kosmo


SALAH seorang mat gian daripada 26 penagih dadah terkencing dalam seluar akibat terkejut apabila pegawai serta kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Marang, menyerbu di sarang penagih Kampung  Gemuroh, Bukit Payong, Terengganu pada Sabtu, 20  Mac 2021. 

Lelaki terbabit terkencing dalam seluarnya kerana ketakutan dia ditangkap dalam operasi yang dilakukan oleh AADK Marang itu semasa dia bersama 25 penagih lain dalam keadaan khayal sedang menghisap dadah dipercayai jenis metamfetamin (methamphetamine)


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan dadah:

https://kitareporters.com/search?search=dadah


MAT gian terkencing dalam seluar semasa ditahan oleh kakitangan AADK Daerah Marang. - Kredit foto: AADK Marang


Sebelum itu, penagih dadah berkenaan cuba lari menyelamatkan diri tetapi dia berjaya ditahan oleh kakitangan AADK Marang dan ketika ditahan penagih itu terkencing dalam seluarnya. 

Dalam pada itu, daripada 26 suspek terbabit terdapat seorang bekas tentera berusia 39 tahun yang turut ditahan mengakui dia terlibat dengan penagihan dadah sejak tiga tahun lalu. 

Alasannya bekas tentera itu mengambil dadah bertujuan mengubati sakit belakangnya selepas dia terbabit kemalangan jalan raya.


SARANG dadah di pinggir sungai Kampung Gemuroh, Bukit Payong diserbu oleh AADK Daerah Marang. - Kredit foto: AADK Marang.


Sebelum ditahan dalam operasi itu, dia datang ke sarang penagih itu bersama seorang anak bongsu berumur 6 tahun selepas siap gunting rambut anaknya di sebuah kedai di kampung itu. 

Lokasi itu sebagai tempat penagih dadah yang melepaskan gian mereka yang terletak di pinggir sungai tidak jauh dari Kampung Gemuroh. 

Ketua Pegawai AADK Daerah Marang, Roslina Awang berkata operasi tersebut dijalankan secara mengejut bermula pada pukul 7 pagi dan ia berakhir jam 2 petang Sabtu, 20 Mac 2021.


LOKASI ini yang sering dikunjungi oleh penagih dadah.


Menurutnya, semua penagih yang ditahan berumur antara 26 tahun hingga 58 tahun dan beberapa orang daripada mereka itu akan ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 dan Seksyen 62 Akta Penagih Dadah 1983. 

``Lokasi berkenaan merupakan sarang penagih dadah dan ia juga sering dikunjungi penagih luar dari kampung itu yang mereka anggap kawasan itu selamat kerana ia terletak jauh dari rumah penduduk kampung. 

``Operasi seumpama itu akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi mempastikan tiada mereka melakukan kegiatan itu yang salah di sisi undang-undang di daerah ini,’’ kata Roslina. - KitaReporters


SEMUA suspek yang ditahan itu dibawa ke van AADK untuk tujuan siasatan dan reman. - Kredit foto: Info Bencana Terengganu

11
14
10
8
8
You will be interested