Bagi selebriti Shuib Sepahtu, 38, Siti Sarah Raissuddin tiada pengganti dan dia tidak sanggup melihat figura yang mirip arwah di depan matanya.
Sehubungan itu, dia enggan bertemu dengan ‘kembar’ Siti Sarah kerana memori dan 'keberadaan' arwah isteri masih kuat dalam dirinya.
Pada hari ulang tahun ke-66, bapa arwah Siti Sarah, Raissuddin Hamzah, pada Ahad, 29 Mei 2022, mendapat kejutan ditemukan dengan wanita yang mempunyai iras anak kesayangannya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin
Emy Nur Faranizah, 29, mula jadi perhatian apabila wajahnya tersebar dalam Facebook. Dia yang tinggal di Melaka datang ke Kuala Lumput bersama suami dan anaknya untuk memberi kejutan kepada Raissuddin.
Kejutan itu dirancang oleh isteri Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 35, atau mesra disapa dengan panggilan Mak Der.
Bagaimapun Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkata seboleh-bolehnya dia mengelak untuk berjumpa dengan wanita yang dikenali sebagai Emy yang merupakan peminat fanatik arwah.
Namun dia tidak melarang jika anak-anaknya bertemu ‘kembar’ ibu mereka.
Emy bersama anaknya
Begitu juga dia tidak kisah jika ada beberapa lagi penemuan figura ‘kembar’ Siti Sarah. Shuib percaya ada 7 manusia seiras di dunia, namun baginya Siti Sarah terlalu istimewa baginya dan tidak boleh dicari ganti walaupun ada yang memiliki wajah seiras.
Pernikahan kira-kira 10 tahun dengan Siti Sarah membuahkan 4 cahaya mata.
Siti Sarah dipanggil mengadap Illahi pada 9 Ogos 2021 ketika berusia 36 tahun kerana jangkitan Covid-19.
Walaupun sudah 10 bulan berlalu, Shuib masih tidak berhasrat untuk mencari pengganti, sebaliknya lebih tertumpu memperkembangkan perniagaannya.