Seni & Sukan 15 Jun, 2022

Video| Ketua kampung berselingkuh dengan ketua kampung! Penduduk sita pejabat! Desak letak jawatan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

 


JIKA setakat kepala desa (kades) ataupun ketua kampung berselingkuh dengan isteri orang atau janda boleh dikatakan kejadian maksiat itu biasa terjadi di Indonesia sebagaimana dilapor dalam media sosial. 

Namun, kejadian itu agak luar biasa sedikit, apabila seorang kades dari Desa Cikaro Selatan, Wado, Sumedang, Jawa Barat disyaki berselingkuh dengan seorang wanita yang juga kades dari desa lain di daerah itu

Kedua-dua ketua kampung itu dipercayai berselingkuh (hubungan intim) setelah beberapa keping gambar perselingkuhan mereka tersebar dalam media sosial menyebabkan warga kampung terbabit marah terhadap ketua kampung mereka yang melakukan perkara mengaibkan masyarakat


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kesalahan berselingkuh

 

Orang ramai mempercayai, kedua-dua pemimpin masyarakat pada peringkat desa itu melakukan hubungan intim dipercayai pada 6 Jun 2022 lalu kerana belum itu masyarakat desa pernah tersempak mereka keluar makan berduaan. 

Berikutan dengan kes perzinaan itu, beratus-ratus orang warga desa terbabit bertindak mengunci atau menutup pintu masuk pejabat kades selain mengantung beberapa sepanduk atau poster dengan pelbagai tulisan diletakkan di depan pejabat Desa Cikaro Selatan

Warga juga meminta kades berkenaan supaya melepaskan jawatan tersebut kerana maruah dirinya telah tercemar akibat melakukan perbuatan yang memalukan.


 


Dipetik dari portal MediaKupang.com pada 8 Jun 2022 lalu melaporkan, berdasarkan dari akaun Instagram @polressumedang menyebut bahawa Ketua Polis Sumedang, AKBP Eko Prasetyo Robbyanto terpaksa berkejar ke lokasi kejadian setelah mendapat  laporan bahawa warga desa telah mengunci pintu masuk pejabat kades itu.

Dalam video berkenaan Instagram @polressumedang, kelihatan pejabat kades Desa Cikaro Selatan berkunci dengan dua batang kayu berpalang yang dipaku pada pintu pejabat kades itu.

‘’Kami bertindak demikian agar pemerintah mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kades kami,’’ kata warga.

"Atas nama kekecewaan kantor ini disegel (pejabat ini dikunci) oleh masyarakat yang masih bermoral dan berakal," tulisan pada poster yang terdapat di pintu masuk pejabat itu.


 



Selanjutnya, Ketua Polis Sumedang itu meminta warga tempatan supaya membuang semula kayu yang dipaku di pintu berkenaan serta menurun sepanduk-spanduk yang tergantung di hadapan pejabat kades. 

‘’Tidak sepatutnya melakukan tindakan sedemikian kerana menutup pintu pejabat ketua kampung itu salah di sisi undang-undang dan soal ketua kampung yang berselingkuh itu biarlah kita serahkan kepada pemerintah untuk mengambil tindakan yang sewajarnya,’’ kata Eko Prasetyo. - KitaReporters


8
16
0
12
0
You will be interested