Seni & Sukan 20 May, 2022

Ini barulah raya! Kutip sampah pakai baju raya! Program gotong royong bersihkan Pantai Batu Buruk!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Peserta bergotong royong mengutip sampah di Pantai Batu Buruk


KEBIASAANNYA memakai baju raya adalah untuk sesi berhari raya bersama ahli keluarga atau menghadiri rumah terbuka atas undangan jiran-jiran serta sambutan program hari raya anjuran jabatan kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). 

Bagaimanapun ia agak berlainan apabila sebuah NGO dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan mengambil kesempatan semasa musim perayaan Aidilfitri yang masih diraikan umat Islam sekarang ini untuk menganjurkan program tidak seperti mana yang dilakukan pihak lain.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti gotong royong

Peserta gotong royong membersihkan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu dengan berpakaian baju raya. - Gambar kredit: Media Kreatif UMT


Pertubuhan Bukan Kerajaan Trash Hero Malaysia dengan kerjasama Green Ranger Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT mempunyai caranya tersendiri apabila mereka bergabung tenaga menganjurkan program gotong royong pembersihan pantai

Wakil Trash Hero Malaysia, Rosnani Nazri berkata, selain membersihkan persekitaran, program yang dihadiri pelbagai bangsa itu dapat mencetus semangat muhibah kerana kebanyakan mereka tidak kekok berbaju kurung, berkebaya, berbaju Melayu malah ada yang lengkap bersampin serta memakai tengkolok.

Menurutnya, kesemua 40 peserta yang menyertai aktiviti itu merupakan sukarelawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Trash Hero dan Green Ranger UMT.


Dua peserta kaum India tidak ketinggalan menyertai gotong royong bersih pantai sempana sambutan Aidilfitri


"Program kali ini sedikit berbeza kerana julung kali diadakan dengan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

"Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang bahaya pembuangan sampah dan plastik di merata-rata tempat selain kepentingan menjaga alam sekitar terutama di pantai yang menjadi tumpuan pelancong," kata Rosnani.


Peserta diberi taklimat sebelum mengadakan gotong royong bersih pantai


Sementara itu, Ketua Trash Hero Batu Buruk, Yusran Abdillah berkata, sebanyak 185 kilogram sampah berjaya dikumpulkan sepanjang program itu berlangsung selama dua jam bermula jam 4 petang.

Sukarelawan mengutip sampah dengan memakai baju kurung dan kebaya ketika Program Pembersihan Pantai di Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.

Katanya, kebanyakan sampah dikutip adalah sampah ringan seperti plastik bungkusan makanan dan minuman, selain itu terdapat juga sampah lain seperti botol, tayar, polisterin, lampin bayi dan lain-lain.

"Bayangkan kebanyakan sampah ringan ini kita boleh kumpulkan sehingga beratnya mencecah 200kg. Jika ia dibiarkan dan tiada sebarang tindakan diambil, apa akan jadi terhadap alam sekitar kita,” kata Yusran. - KitaReporters


Peserta pelbagai kaum mengenakan pakaian baju raya ketika menyertai program gotong royong bersih pantai


Peserta menjalankan aktiviti mengutip sampah

12
13
1
10
0
You will be interested