SEMUA sedia maklum bahawa wajib bagi golongan wanita Muslim menutup aurat. Bagaimanapun ada yang berkata yang mereka belum dapat seru untuk melakukan perkara yang dituntut oleh agama itu.
Apa pun alasannya, yang penting ada niat untuk berhijab. Cepat atau lambat semuanya terpulang kepada hati masing-masing, lagipun Allah lebih mengetahui nawaitu setiap makhluk ciptaan-Nya.
Bagi seorang wanita yang sering tampil seksi sebelum ini, tak sangka tanpa perancangan dia kini sudah berhijab dengan rela hati. Wanita bertuah itu adalah model dan instafamous, Arviena Faira Nadhisha.
Meskipun begitu ada juga komen-komen nakal yang mendakwa wanita berusia 35 tahun itu menutup aurat kerana nak keluarkan tudung jenama sendiri.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mereka yang berhijab
Arviena Faira Nadhisha kini adalah duta untuk tudung Jennaira.
Arviena yang merupakan duta tudung jenama Jennaira keluaran Jennaira Holding berkata, dia mula terdetik mengenakan hijab pada Ramadan 2022 lalu selepas kerap dipelawa untuk mempromosikan tudung.
"Alhamdulillah sekarang saya sudah pun berhijab. Perjalanan hijrah saya, pada awalnya diminta pengasas tudung Jennaira, Datin Seri Azlina Hanim untuk melakukan review (ulasan) tudungnya dalam media sosial. Lalu saya pun pakai pada bulan puasa, mungkin Allah mahu berikan hidayah-Nya.
"Saya ni ialah seorang yang sangat seksi, boleh berbikini. Dalam Instagram rasanya orang tahu siapa Arviena. Tapi alhamdulillah. Saya bukan berhijab kerana saya menjadi duta tudung Jennaira. Malah saya pun turut mengenakan tudung-tudung jenama lain juga.
"Cuma bila bermula mengenakan tudung ini, rasa macam Tuhan bukakan hati untuk berhijab terus, alhamdulillah," katanya.
Permintaan Azlina Hanim meminta Arviena membuat ulasan tentang tudung Jennaira membuat hatinya terbuka untuk berhijab.
Arviena bagaimanapun akui ada yang memberikan reaksi pesimis terhadap penampilannya.
"Saya juga tidak suka untuk melayan negativiti. Ada juga yang berikan komen dalam Instagram misalnya 'bertudung tapi baju masih ketat. Saya sebenarnya masih lagi belajar.
"Nak istiqamah itu tak senang saya beritahu pada mereka. Biarlah perlahan-lahan, dimulakan dengan berhijab kemudian saya cuba untuk kenakan persalinan yang bersesuaian. Sedikit demi sedikit, ia proses," katanya yang memilih untuk terus positif.
Meskipun mahu bersikap positif, Arviena sempat juga bersuara menerusi Instagram dan menjelaskan kedudukan sebenar dia berhijab.
“Kat sini Vie nak bagi penerangan sikit sebab ramai yang komen Vie berhijab sebab marketing untuk keluarkan product tudung jenama sendiri… ya Allah korang memfitnah adalah satu dosa yang Vie tak maafkan okey..
”Dari awal Vie berhijab Vie dah bagi tau Vie dilantik sebagai Duta untuk tudung Jennaira @tudung_jennaira oleh Datuk Seri Azlina Hanim.. Vie start berhijab bulan puasa sebab yess memang masa tu untuk marketing and bulan puasa memang setiap tahun Vie akan berhijab.. tapi bila dah nak abis bulan Ramadan tiba-tiba hati Vie terdetik untuk terus berhijab walaupun lepas bulan puasa.
Arviena berhijab bukan sebab ingin ada jenama sendiri, semuanya lahir daripada hatinya.
“Alhamdulillah Vie cuba istiqamah berhijab dan alhamdulillah ramai yang support dengan perubahan Vie ni.. bukan sebab nak keluarkan produk tudung atau marketing okey, Vie adalah Ambassador for Jennaira dan dengan tudung Jennaira ni Vie terbuka hati terus untuk berhijab.
”Yes saya bukan siapa-siapa, so doakan yang baik-baik je.. tak semua manusia sempurna.. tak dapat apa pun korang nak menghina atau cakap marketing la sbb I’m also founder for my own product hwaiteu vit skin @hwaiteuhq.my and AR breast soap by viena beauty @ar18.my ☺️
“Dan Vie tak perlukan marketing murahan…Terima kasih DS Azlina Hanim @azlina_hanim56 sebab ambil Vie orang biasa yang tak dikenali pun untuk menjadi Ambassador for all product Jennaira Holding @tudung_jennaira alhamdulillah,” katanya memberi penjelasan kepada netizen dalam Instagram.
Arviena sentiasa berusaha untuk menjadi seorang Muslimah yang lebih baik.
Menyentuh mengenai pakaiannya yang masih lagi seperti dulu (ketat), dia berkata semua itu akan dilakukan secara perlahan-lahan.
“Insya-Allah, pasal pakaian masih lagi slow-slow maybe ada ramai yg komen berhijab tapi baju masih ketat yes memang betul tetapi bukan drastik sebab Vie seorang yang dulunya lain.. pakaian baru nak beli slow-slow.
“Mana-mana pakaian sexy yang lama-lama, yang pendek, terbelah semua tu Vie akan buat prelove… alhamdulillah ramai yang support dan happy bila Vie dah berhijab ada yang bagi baju untuk sesuaikan bila bertudung dan ada yang bagi vie tudung.
“Terima kasih semua yang always positive.. slowly okey sebab bila kita nak berubah ke arah yang lebih baik insya-Allah benda tu akan jadi sangat mudah dan rezeki Vie tak pernah putus walaupun dah berhijab.
”Ada yg mempertikaikan lepas ni takda job la sebab dah pakai tudung.. ya Allah rezeki tu Tuhan dah tetapkan bagi Vie. Alhamdulillah cukup dengan rezeki yang Vie dapat.. dari before Vie berhijab lagi sampailah sekarang.
"Doa yang baik-baik dan pasal rumah tangga Vie pulak tak perlu diceritakan biar tutup hanya Vie yang tau. Now fokus my own business and produk, influencer and modeling…. I’m happy with my new life, new house and my baby kojeng,” katanya tanpa berselindung.- KitaReporters
Bersyukur rezekinya tak putus-putus selepas berhijab.