Seni & Sukan 16 Nov, 2021

Video| Alahai sweetnya! Isteri dijemput suami ketika pulang kerja! Rupanya suami pemandu monorel!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this

 


Memiliki pasangan yang romantik ibaratkan 'bonus' pasti ada mata melirik setiap kali keluar bersama.

Terbaharu tular kisah pasangan suami isteri yang sangat 'sweet' apabila dilihat dijemput suami tercinta. Terus hilang rasa penat melihat orang tersayang datang menjemput selepas penat mencari rezeki. Romantiknya!


Kisah menarik berkaitan pasangan suami isteri


Video TikTok wanita ini tular kerana dia memaparkan ketika dijemput suami tercinta. Uniknya suaminya menjemput isteri tercinta itu menggunakan perkhidmatan awam iaitu monorel yang boleh dinaiki kira-kira 500 orang.

Rupa-rupanya suami wanita berkenaan adalah pemandu monorel, patutnya setiap hari dia boleh menjemput isterinya pulang bekerja. Bukan sahaja menjemput tetapi juga turut ditumpangi individu-individu lain.

Sebaliknya, ini adalah kerjaya suaminya sebagai pemandu kepada pengangkutan awam ini. Untung jadi wanita ini kerana dijemput suami secara percuma.



Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat comel pasangan ini. Netizen turut berseloroh mengatakan suami wanita ini bermurah hati sehingga menumpangkan wanita lain bersama mereka.



Video yang berdurasi 12 saat ini juga mendapat perhatian dari akaun rasmi Rapid KL yang turut terhibur dengan gelagat comel pasangan ini.

Apa perkara paling indah yang dilakukan suami anda? Kongsi sikit. - KitaReporters


13
16
0
12
0
You will be interested