Seni & Sukan 08 Dec, 2020

Nak sumbang jangan tunjuk! Khiriah dituduh riak jual kerepek

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

KALAU nak senaraikan perangai buruk netizen, memang tak cukup sehari. Sudahlah suka menghukum orang tanpa usul periksa, malas membaca pula tu. Tulis panjang-panjang pun, tak guna sebab masing-masing malas membaca. Lagi parah, tanpa segan silu membuat kesimpulan sendiri. Tak malu ke? Kalau tak suka seseorang artis itu, tak perlulah ikutinya dalam apa jua jenis media sosial. : KitaReporters 



Lagi kisah-kisah berkaitan Noorkhiriah:

https://kitareporters.com/search?search=Noorkhiriah


Kadang-kadang tabik dengan golongan artis dan selebriti. Walaupun sering dikecam namun mereka tetap bersabar, tidak mudah melatah!

Namun, kalau sudah melampau atau mahu memberi tunjuk ajar kepada para netizen, ada juga segelintir artis mendedahkan perangai buruk sesetengah netizen pada mata umum. Biar dia rasa!

Begitulah yang dilakukan oleh pelakon popular, Noorkhiriah Ahmad Shapie atau lebih dikenali sebagai Khiriah dalam berdepan dengan netizen yang suka mencari salah artis. 


Selain berlakon, Khiriah juga mencari pendapatan sampingan dengan menjual kerepek bawang.


Selain berikteraksi dengan peminat, Khiriah menggunakan akaun Instagram untuk berniaga dan membuat review (ulasan) untuk pelanggan-pelanggan. 

Antara perniagaan yang diusahakan oleh Khiriah ialah kerepek bawang (kerepekmembawangbykhiriah). Jadi, kesempatan mempunyai pengikut seramai 946,000 dalam Instagram, digunakan sebaiknya untuk berniaga.

Namun, sebaliknya berlaku apabila ada netizen yang salah faham kerana menganggap hantaran tersebut adalah bentuk sumbangan yang diuar-uarkan oleh Khiriah.

Jelas di situ, netizen tersebut tidak membaca kapsyen terlebih dahulu sebaliknya terus menghentam.

“Nak beri sumbangan tak perlu tunjuk. Sama sahaja,” tulis netizen tersebut.


Netizen menuduh Khiriah riak kerana menunjuk-nunjuk ketika memberi sumbangan.


Kemudian komen tersebut dibalas oleh Khiriah dengan menyarankan agar netizen tersebut membaca kapsyen terlebih dahulu.

Justeru, tidak mahu ia berulang lagi dan memberi pengajaran kepada netizen yang lain, Khiriah memuat naik tangkap layar komen tersebut. Sungguhpun begitu, tangkap layar berkenaan telah dipadam oleh Khiriah kerana memang itu perancangannya sejak awal lagi.

“Akibat malas baca kapsyen, buat kesimpulan sendiri dan sekadar tengok video. Selepas ini, mohon semua baca kapsyen kalau tak, sia-sia je dapat dosa kering,” tulis Khiriah berserta tanda pagar #deletelater.



Hantaran ini telah dipadam oleh Khiriah dalam Instagramnya kerana niat awalnya mahu memberi pengajaran kepada yang lain.


Manakala rata-rata pengikut Instagram Khiriah tersenyum sinis melihat kelakuan netizen tersebut yang dianggap merendahkan martabat diri sendiri.



Sementara itu, dalam hantaran terbaharu Khiriah dalam Instagramnya, pelakon drama bersiri Nur ini memuat naik gambar dirinya di samping sebuah kereta baharu.

“Demam rupanya nak dapat hadiah. Betullah selepas hujan ada pelangi,” tulisnya ringkas.

Alhamdulillah, Khiriah bersyukur dikurniakan rezeki yang tidak pernah putus.


Lihat, dalam kecaman dan ujian yang dilaluinya, terdapat rahmat di sebaliknya! Semoga rezeki Khiriah semakin murah dan terus ringan tangan memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested