Seni & Sukan 20 Aug, 2020

Apa hal? Polis jejaki lelaki misteri tembak liar orang awam!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

KEGANASAN bersenjata terus bermaharajalela di Amerika Syarikat!! Kebolehdapatan dengan mudah senjata api termasuk pistol dan senapang, menyebabkan kes tembakan rambang boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja di negara Uncle Sam itu. Dan mereka berbangga dengan hak "memiliki senjata api"!! : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan Amerika Syarikat:

https://kitareporters.com/search?search=amerika+syarikat


Baru-baru ini, seorang lelaki misteri yang belum diketahui identitinya telah melepaskan lapan das tembakan ke arah sekumpulan empat orang lelaki yang berusia antara 17 hingga 21 tahun. Keempat-empat mereka telah terkena tembakan “liar” tersebut dan seorang daripada mereka dikatakan parah.

Mangsa parah adalah seorang pemuda berusia 21 tahun dalam posisi berdiri (ketika itu), tiba-tiba rebah dengan berlumuran darah apabila sebutir peluru telah terkena di mukanya dan menurut satu sumber berkata, terkena pada kepalanya sehingga tidak sedarkan diri.

Tiga remaja lain (berusia 17 hingga 19 tahun) pula mengalami kecederaaan pada beberapa bahagian anggota tubuh mereka. Seorang daripadanya cedera pada buku lali dan  dua orang lagi di belakang badan.

Seorang penduduk yang tinggal di perumahan Ravenswood, Queens di New York sedang meninjau dari jendelanya sambil menyaksikan kehadiran pasukan anggota polis ke lokasi kejadian baru-baru ini. - Kredit foto: AP/John Minchillo


Menurut Jurucakap jabatan polis New York, mereka menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian “tembakan” berlaku di sebuah kawasan perumahan terletak di 21 Avenue, Queens, New York, pada jam 4.45 petang pada Selasa, 18 Ogos 2020 lalu.

Tambah polis lagi, saksi kejadian berkata seorang lelaki “misteri” telah keluar daripada sebuah kenderaan jeep warna biru dan tidak diketahui jenisnya lalu melepaskan tembakan bertubi-tubi tanpa berkata apa-apa dan motif kejadian masih tidak dapat diketahui.

Pihak polis New York sedang melakukan siasatan lanjut berikutan kes tembakan mencederakan orang awam tanpa sebab sebelum membuat sebarang kenyataan rasmi kepada pihak media.

Pihak berkuasa turut mengambil keterangan daripada beberapa saksi kejadian serta mangsa-mangsa.

Kelongsong peluruditandakan oleh pegawai  polis Bandar RayaNew York di lokasi kejadian jenayah. Beberapa orang mangsa telah ditembak dan mengalamikecederaan  di sebuah rumah Ravenswood, NewYork, Amerika Syarikat. - Kredit foto: AP/John Minchillo


Hasil siasatan awal, mendapati kesemua mangsa kecuali seorang yang parah berkata mereka tidak mengetahui lelaki itu (suspek) atau menerima sebarang ugutan dan amaran daripada mana-mana pihak.

Lebih pelik lagi, kedatangan lelaki ”misteri” itu bagaikan seseorang yang ingin membalas dendam dan cubaan membunuh.

Persoalannya mengapa suspek terus melarikan diri dan tidak terus berhadapan dengan kumpulan lelaki tersebut jika dia benar-benar ada masalah.

Adakah lelaki itu seorang “mental” atau tersalah orang yang disasarkan?  

Sejak akhir-akhir ini, pihak polis New York berada dalam kebingungan dan buntu ekoran kejadian “tembakan” berleluasa yang mencederakan orang awam daripada individu-individu “bermasalah”. 

Tambahnya lagi, statistik menunjukkan peningkatan kes seumpama itu (tembakan)dari masa ke semasa.

Terkini, kejadian jenayah melibatkan senjata api yang dilaporkan, adalah sebanyak 51 kes di mana enam orang didapati mati ditembak.  Pada tahun 2019, hanya 8 orang sahaja telah ditembak dan lima daripadanya maut. - KitaReporters

Pegawai polis Bandar Raya New York sedang meninjau  tempat kejadian jenayah menembak  satu kumpulan remaja di kawasan lapang berhampiran perumahan Ravenswood di Queens, New York. - Kredit foto: AP/John Minchillo


Sumber:

https://www.msn.com/en-my/news/crime/4-young-men-shot-and-wounded-1-critically-suspect-fled/ar-BB187ANx?ocid=msedgntp

https://www.pix11.com/news/local-news/queens/at-least-3-people-shot-in-astoria

https://www.nydailynews.com/new-york/nyc-crime/ny-queens-four-people-shot-ravenswood-houses-20200818-fzl5tsc7cve6zdh2hgnph4p7t4-story.html

0
0
1
0
0
You will be interested