Seni & Sukan 02 Jan, 2022

Video| Naim Daniel, Aina Abdul, Haqiem Rusli, Hael Husaini ke final AJL36! Misha Omar tumpas!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


TERJAWAB sudah 12 lagu daripada 30 buah lagu yang berentap ke pentas Anugerah Juala Lagu (AJL) 36 (AJL36) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tiga penyanyi dan pencipta lagu muda, Juara AJL34, Naim Daniel, 24; bersama Naib Juara AJL35, Aina Abdul, 28; serta pemenang ketiga AJL32, Haqiem Rusli, 23, sekali lagi berjaya mara ke pentas akhir AJL36 dalam kategori lagu solo masing-masing iaitu 'Purnama' (Naim), 'Sepi' (Aina)  dan Mimpi (Haqiem).

Naim dan Haqiem turut terpilih bersama rakan seperjuangannya, Juara AJL32, Hael Husaini melalui lagu trio  ‘Lara’, manakala Aina Abdul berjaya membawa lagu duet bersama Khai Bahar, ‘Nafas Cinta’.

“Nafas Cinta’ turut memenangi ‘Lagu Pilihan Noir’ hasil undian para peminat dalam kedua-dua episod separuh akhir dengan mengimbas QR Code yang tertera sewaktu siaran berlangsung pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 lalu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Anugerah Juala Lagu

Khai Bahar dan Aina Abdul menerima hadiah 'Lagu Pilihan Noir' berupa set eksklusif Noir dan hadiah wang tunai RM500.


Lagu-lagu yang turut layak ke AJL36 ialah Boneka (Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Salahku (Yonnyboii), AEWO (Shiha Zikir), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Milan).

Dalam pada itu, satu-satunya penyanyi berpengalaman dan tiga kali pemenang Vokalis Terbaik AJL18, AJL19 dan AJL33, Misha Omar, 39, gagal dalam percubaan pertamanya mencipta lagu ‘Tanpa Rela’.



Berkongi ciapannya melalui Instagram Misha berpendapat meskpun gagal, ia tetap akan menjadi pembakar semangat yang baik untuk beliau menimba ilmu dan terus berkarya mencipta lagu.



“Lagu Misha bukannya tak sedap tetapi tumpas kepada lagu-lagu lain yang susunan muzik, melodi dan lirik yang lebih berkualiti dan memberi impak dalam industri,” ujar Dato Mokhzani Ismail (gambar bawah), selaku ketua juri ketika ditemui pada sidang media secara maya lewat malam sebaik sahaja siaran langsung Separuh Akhir ke-2 melabuhkan tirainya melalui siaran langsung di TV3 semalam (1 Januari 2021).



Turut hadir Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek,  Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan  Sharizan Razalii sebagai penerbit. Juri profesional Muzik Muzik 36 Separuh Akhir turut disertai Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.

Menyambung lanjut, Mokhzani memberitahu, barisan juri berpendapat semua lagu sedap namun  tidak terpengaruh dan membuat pilihan berdasarkan kepada populariti lagu dan penyanyi tetapi kupasan dinilai kepada komposisi setiap lagu dipertandingkan yang mempunyai pelbagai genre dari balada, hip hop mahu pun pop etnik.

Menurut beliau, daripada 30 lagu berkenaan, terdapat 7 lagu bergenre balada namun pemilihan tidak berdasarkan kepada kuota genre setiap lagu tetapi dinilai secara keseluruhannya.


"Rindu Separuh Nyawa' antara lagu popular OST drama TV 'Rindu Awak Separuh Nyawa' yang gagal mara ke pentas akhir nyanyian Naqiu dan Vanessa Reynauld.

“Kami tidak menilai kepada kuantiti ‘viewers’ atau populariti lagu tersebut yang ada dijadikan OST sesebuah drama tetapi menilai pada sudut kualiti penciptaan lagu itu,” tambah Mokhzani.

Episod kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 yang dihoskan bersama oleh Aliff Satar dan Sissy Iman dirancakkan dengan nyanyian hebat daripada Margaswata (Yang Asli), Estranged (Itu Kamu), dan juara Lagu Cinta Kita Musim Ketiga iaitu Syafeek dan Zazo (medley Haram/Bagai Cahaya).

Lagu manakah agaknya yang bakal dinobatkan sebagai Juara AJL36 kali ini dan artis mana pula merangkul Anugerah Vokal dan Persembahan Terbaik? - KItaReporters 


Senarai penuh 12 lagu yang bakal berentap di pentas akhir AJL36 nanti.

11
13
0
17
0
You will be interested