Seni & Sukan 22 Mar, 2022

Video| Maafkan saya - Zul Ariffin! Tak akan ulang keterlanjuran! Siti Hariesa pun kena tempiasnya!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


SETELAH tiga hari mendiamkan diri, pelakon Zul Ariffin, 35, memohon maaf atas kekhilafannya yang menimbulkan sensasi dalam industrI seni tanah air dan sudah memadamkan video yang menjadi kontroversi dan panas itu.

Permohonan maaf Zul dilakukanya dalam Instastory Instagramnya kira-kira jam 1.36 tengah hari, Isnin, 21 Mac 2022.

"Dengan hati terbuka, saya ambil maklum di atas semua maklum balas daripada banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.

"Saya mohon maaf kepada semua yang terkesan daripada tindakan memuat naik video berkenaan," tulisnya dalam Instagram Storynya itu.



Menurut Zul (Zulkifli Ariffin),  selepas ini dia akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepadanya untuk dipromosikan dalam media sosial.

Zul mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video dalam Instagram memaparkan beberapa babak panas bersama Siti Hariesa dalam drama terbaharu lakonannya berjudul ‘Perempuan Itu’, pada Jumaat,  18 Mac 2022 lalu.



Dalam  video yang dimuatnaikkan itu,  Zul melakonkan beberapa babak ‘panas’ dengan Siti Hariesa.

Adegan Zul merangkul badan Siti Hariesa dan menggendongnya dari depan mengundang perhatian ramai. Begitu juga babak agak mengghairahkan ketika Siti Hariesa menyuapkan 'whipped cream' ke dalam mulut Zul sebelum dia menghabiskannya.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan video yang dimuat naik oleh Zul dan menganggap babak yang dilakonkan agak keterlaluan.

Bagaimanapun, Zul bertindak memadamkan video berkenaan pada keesokan harinya, selepas ia mula menjadi kontroversi.

Tindakan Zul turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang menegur perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku dalam industri hiburan tempatan.



Sementara itu, pihak TV3 dalam satu kenyataan memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai mengenai video dalam petikan adegan daripada drama berkenaan.

"Adegan yang dipaparkan sememangnya tidak sesuai untuk disiarkan apatah lagi bagi tujuan promosi. Malahan adegan itu juga tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen," kata TV3.



Sementara itu Siti Hariesa turut menerima tempiasnya

Pelakon yang mula berlakon drama TV melalui drama ‘Utusan Cinta Buat Adam’ pada 2019 selepas menyertai DFKL musim 5, kini mendadak popular selepas berlakon dalam drama ‘Life Lila’ kini popular.

Namun Siti Hariesa popular menjadi bahan ‘sumpah seranah’ sejumlah peminat dalam Instagramnya. - KitaReporters


7
7
0
9
1
You will be interested