Seni & Sukan 09 Apr, 2022

Video| Berbuka puasa dengan Ramli Sarip! Rasa (Cinta Di Sebalik Musim)! Isi tabung penggiat seni!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


LEBIH setengah abad bergelar anak seni menyaksikan Datuk Ramli Sarip kaya dengan pengalaman berharga.  

Ramli, 69, yang sinonim dengan panggilan Papa Rock, adalah insan unik yang dianugerahkan bakat semula jadi dalam penghasilan lagu dan lirik yang menyengat. 

Karyanya tidak pernah menghampakan apabila sering hadir dengan tema kehidupan, adab pekerti, falsafah, seni budaya dan agama.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ramli Sarip


Kemunculannya menerusi album berjudul Rasa menampilkan sisi kualiti Ramli yang tersendiri dalam industri hiburan. 

Sembilan tahun tanpa album baharu, beliau memperkemaskan karyanya menerusi album ini untuk dijadikan koleksi dan khazanah berharga peminat pada masa akan datang.

Baginya, setiap perkara yang dizahirkan kita mempunyai 'rasa' dan inilah yang ditampilkan dalam album solo ke-12 ini selepas Kalam Kesturi pada 2002.

Ramli mengakui Rasa adalah album terbaiknya kerana menggabungkan elemen muzik ‘folk’ (rakyat), blues, rock dan pop tetapi masih dalam teras Nusantara Melayu.

Rasa adalah cerminan peribadinya terhadap kehidupan yang dilalui termasuk mengimbau semula kehidupan silamnya ketika zaman bersama kumpulan Sweet Charity.



Berita baik buat peminat penyanyi legenda ini, Ramli akan tampil dengan persembahan istimewa dalam majlis berbuka puasa Rasa (Cinta Di Sebalik Musim) Datuk Ramli Sarip pada 24 April 2022 di Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Program anjuran Mukmin Pay Sdn Bhd dengan sokongan Konsortium Irama ini memberi peluang untuk peminat berbuka puasa dengan Ramli serta menikmati persembahan menarik yang akan disajikan.


Kredit foto: Konsortium Irama


"Ramli sememangnya sinonim dengan lagu-lagu berkonsep nasihat dan religi yang sangat popular dalam kalangan pelbagai peringkat peminat.

"Justeru beliau akan tampil menghiburkan peminat-peminat yang hadir nanti dengan rangkaian lagu-lagu popular lama dan baharu dari album Rasa selama lebih satu setengah jam.

"Persembahannya juga akan diiringi oleh barisan pemuzik profesional yang sering bekerjasama dengannya," kata Presiden Irama, Ayob Abd Majid yang mewakili penganjur dalam satu kenyataan media.



Lebih daripada itu, kerjasama antara Mukmin Pay Sdn Bhd dengan Konsortium Irama juga bermatlamat untuk membantu penggiat seni yang berdepan ujian seperti sakit dan sebagainya.

"Kita akan buat tabung untuk penggiat seni. Untuk hari ini, kami akan memberi sumbangan kepada wakil Ali XPDC yang mengalami masalah jantung dan Dwan Olan yang diuji dengan serangan strok ringan.

"Maksudnya di sini peminat yang membeli meja secara automatik turut menyumbang kepada tabung yang diwujudkan.

"Selain Irama, sumbangan akan turut dihulurkan kepada beberapa pihak lain yang akan dikenal pasti selepas ini," katanya lagi.



Sementara itu, Mohamad Yusni Ismail yang mewakili Mukmin Pay Sdn Bhd, percaya peminat amat merindui penampilan Ramli selepas dua tahun tidak menonton persembahannya secara langsung akibat pandemik Covid-19.

"Persembahan akan bermula selepas selesai tarawih. Kami percaya peminat yang hadir pasti terhibur dengan persembahannya.

"Tempat ini hanya boleh memuatkan 60 meja dan ia dibuka kepada konsep siapa cepat dia dapat," katanya.



Harga jualan meja untuk untuk Rasa (Cinta Di Sebalik Musim) Datuk Ramli Sarip dikategorikan kepada:

  • Meja Super VVIP - RM15,000  (8 orang) 
  • Meja VVIP - RM10,000 (8 orang) 
  • Meja VIP - 7,000 (8 orang)
  • Meja Platinum RM5,000 (8 orang)
  • Meja Gold RM3,000 (8 orang)
  • Seat individu seorang juga ditawarkan (hanya untuk Platinum dan Gold)
  • Seat individu Gold  RM375 ( untuk seorang)

Tempahan tiket boleh dibuat menerusi link https://datukramlisariproyalechulankl.onpay.my/order/form/ramlisarip/RS04. - KitaReporters


17
12
0
10
0
You will be interested