Seni & Sukan 04 Apr, 2022

Video| Emma mendera! Shaza pula didera! Isu keganasan rumah tangga dalam Nusyuz Berkiblat Cinta!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Emma Maembong (kiri) akui rasa 'struggle' melakonkan watak isteri ego dan garang,


ISTERI garang dan meninggikan suara  terhadap suami sering kita tonton pada filem-filem era 50-an walaupun pada hakikatnya perlakuan begitu tidak sepatutnya wujud pada seorang isteri solehah.

Namun tidak dinafikan wujud karakter panas baran seorang suami mahu pun isteri dalam kalangan masyarakat pada generasi baharu ini sehingga kita sering mendengar isu-isu keganasan rumah tangga menjadi paparan berita.

Dilaporkan sebanyak 902 kes keganasan rumah tangga berlaku dalam tempoh Januari hingga April tahun lalu dengan peningkatan didorong pelbagai faktor, khususnya implikasi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa.   


Lagi cerita-cerita ngeri berkaitan keganasan rumah tangga



Dan isu inilah yang menjadi fokus kepada drama “Nusyuz Berkiblat Cinta’ yang kini sudah mula ditayangkan pada 3 April 2022 lalu, melalui saluran Astro Ria lakonan Emma Maembong, Fikry Ibrahim, Nadhir Nasar dan Shaza Bae.

Kelainannya kali ini, drama 7 episod di bawah arahan Hadith Omar ini memberikan cabaran baharu kepada keempat-empat pelakon utama yang terlibat apabila terpaksa membawa watak garang dengan penuh emosi.

“Sejujurnya Emma tidak pernah rasa gentar ketika berada di set apabila terpaksa membawa watak seorang isteri yang ego dan bertindak kasar terhadap suami,” ujar Emma Maembong ketika ditemu bual melalui sidang media drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ secara virtual baru-baru ini.

Turut hadir bersama keempat-empat pelakon utama terbabit serta Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh.




Berkongsi lanjut, Emma mengakui agak sukar dan berat membawa watak yang ‘abusive’ (kasar) sebagaimana yang dikehendaki pengarah di mana sebelum ini pernah memegang watak seorang isteri yang didera menerusi drama ‘I Promise’.

“Biasanya sayalah mangsa keadaan dipukul tetapi ini berlainan, saya pula pukul orang dan sebab itu saya terpaksa membaca skrip selalu untuk  menjiwai karakter,” tambah Emma yang sering risau jika tidak memuaskan hati pengarah.

Menurutnya, selalunya ketika di set, pengarah sering memujinya dengan laungan ‘bagus, ‘love’, ‘saya suka’ tetapi kali ini jarang  mendapat luahan sebegitu daripada pengarah Hadith Omar melainkan ‘Ok Cut, Next Shot’.


Rakan artis Zizan Razak dalam hantaran mesejnya turut menegur lakonan Emma. Bermakna mantaplah kan?


Tidak mahu membawakan wataknya di luar lokasi Emma memberitahu sebaik pulang ke rumah dia terpaksa berehat lama terlebih dahulu kerana takut terbawa-bawa watak sama terhadap suaminya.

“Saya tak pukul suami ya,” ujar Emma dalam ketawa kecil walau pun kadangkala terbawa-bawa kemarahan sehingga pernah tinggikan suara dengan pembantu peribadi,

Kerana itu, kata Emma sebaik habis shooting atau penggambaran dia akan kembalikan watak dirinya sebenar yang suka bergurau senda dan happy di set.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail berkahwin dengan Muhammad Shazril Azhar, seorang juruterbang  pada Februari 2020 dan kini mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel yang sudah berusia setahun. 



Seperti Emma, pelakon baharu, Shaza Bae turut mengakui pertama kali memegang watak seorang isteri didera suami. 

"Memang di luar watak kebiasaan yang saya terima tetapi sebagai pelakon saya mahu mencabar diri untuk berlakon pelbagai watak dan kali ini memang terasa puasnya, “ ujar Juara Dewi Remaja 2019/2020 ini sambil diakui rakannya, Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.

“Berlakon sebagai suami yang mendera isteri juga satu watak baharu dan mencabar diri saya. Sebagai pelakon saya juga memang suka mencabar diri melakonkan watak yang di luar sifat diri saya sendiri,” sambung Nadhir ketika diminta komennya terhadap watak yang dipegang.

Pendek kata, kesemua pelakon dalam ‘Nusyuz Berkilbat Cinta’ melahirkan rasa puasnya memegang watak yang di luar perwatakan diri mereka selama ini apa tah lagi perlu mengangkat isu keganasan rumah tangga.


Antara babak dalam drama 'Nusyuz Berkiblat Cinta'.


“Drama ini bukan sahaja dilihat dari sudut penderaan mental dan fizikal tetapi mesej yang dibawa di sebaliknya diharap mampu memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap isu berkaitan,” ujar pula Fikri Ibrahim yang seperti rakan-rakannya menyifatkan watak yang diberi cukup cabaran. 

“Siri mini ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ antara drama pertaruhan dalam Astro RIA membawa kisah yang jarang sekali menjadi tumpuan masyarakat kita yakni penderaan terhadap suami. 

"Penderaan dalam sesebuah rumah tangga seringkali tertumpu terhadap golongan wanita sebagai mangsa. Tetapi ada jua kisah di mana si suami menjadi mangsa penderaan,” akhiri Norzeha sambil menyifatkan keberanian yang ditunjukkan oleh pengarah serta penerbit Arisz Ab. Rahman harus diberi pujian kerana membawa perspektif berlainan berbanding dengan drama-drama mahupun siri yang ada. 

‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ yang ditayangkan pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam sehingga 15 Mei 2022  dalam saluran Astro Ria (104) turut dibintangi Datuk Jalaluddin Hassan, Aznah Hamid, Rahim Omar, Mak Wanju, Ako Mustapha, Dayana Roza, Sabhi Sadhi, malah mendapat khidmat peguam Fahmi Ramli sebagai penasihat untuk fakta perundangan shariah dan sivil. - KitaReporters


15
7
0
11
0
You will be interested