Gaya Hidup 21 Jun, 2021

Filem pengarah Malaysia, Chiu Keng Guan cipta sejarah di China! RM8.7j hari pertama tayangan!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


NAMA pengarah Chiu Keng Guan mungkin kedengaran asing tetapi jika disebut karya arahannya, ‘Ola Bola’ dan ‘The Journey’ tentu ramai peminat filem tempatan mengenalinya.

Dua filem arahan beliau itu mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat kutipan tertinggi di mana ‘The Journey’ (2014) menjadi filem pertama dalam sejarah perfileman Malaysia yang menembusi kutipan tertinggi sebanyak RM17.28 juta serta mendapat pengiktirafan meluas kerana menjadi filem yang mampu menarik minat penonton tempatan dari pelbagai bangsa, usia dan latar.

“Ola Bola’ pula menyusul  dua tahun kemudian dengan meraih kutipan pecah panggung melebihi RM15 juta.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan filem

Terbaharu, Chiu Keng Guan sekali lagii berjaya mencipta fenomena apabila karyanya ‘On Your Mark’ yang baharu sahaja ditayangkan di negara China telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8.7 juta (RMB13.65 juta) hanya pada hari pertama tayangannya di lebih 9,000 buah pawagam.

Lebih membanggakan, kutipan positif pada hari pertama itu juga meletakkan filem berkenaan di tangga nombor satu carta filem terkini di China. Secara keseluruhan sehingga ke 20 Jun 2021, filem 'On Your Mark' telah raih hampir RM24 juta atau mata wang China, RMB37 juta.



On Your Mark yang memulakan tayangan di China pada 18 Jun 2021 merupakan filem pertama arahan Keng Guan di negara tersebut terbitan bersama Jiangsu Maoyan Culture Media, Wuxi Cangsheng Film, Tianjin Maoyan Weiying Culture Media, Jiangsu Hao Di Cultural Development, Sports Culture Development Center of the State General Administration of Sports (China Sports Museum), dan Astro Shaw, selaku penerbit tunggal dari Malaysia. 

Selain  itu, Astro Shaw juga tampil sebagai pihak pemasar dan pengedaran rasmi untuk filem ‘On Your Mark’ yang bakal ditayangkan di Malaysia tidak lama lagi.

Untuk pasaran di Malaysia, filem berkenaan  kekal menggunakan tajuk ‘On Your Mark’ berbeza daripada tajuk asal yang digunakan di China iaitu ‘The Great Dad’ atau “Liao Bu Qi de Lao Ba” yang mengangkat hubungan ayah dan anak serta semangat tidak putus asa.



Tajuk berkenaan memang sesuai ditayangkan sempena bulan menyambut Hari Bapa ini kan?

“Sebagai pengkarya filem Malaysia, saya amat gembira apabila filem ini menerima sokongan padu pada hari pembukaannya di China. Saya harap filem ‘On Your Mark’ akan terus berjaya dan saya tidak sabar untuk persembahkan filem ini di Malaysia tidak lama lagi,”  ujar Chiu Keng Guan berhubung pencapaian  filemnya.

Sementara itu, Astro Shaw yang turut rasa berbesar hati berpeluang menjadi sebahagian daripada filem itu, sekali gus mengucapkan tahniah kepaa Keng Guan dan memberi jaminan akan terus komited dalam menyokong bakat kreatif tempatan dalam menyediakan platform untuk mempamerkan hasil produksi mereka.

“Kami berharap kejayaan pengarah Chiu Keng Guan dapat menjadi pembakar semangat pembikin filem tempatan untuk membawa karya mereka serta indusrti filem Malaysia ke tahap lebih tinggi,” kata Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad (gambar bawah).



Filem ‘The Great Dad’ di China itu membariskan pelakon hebat di negara berkenaan seperti Yanhui Wang, Youhao Zhang, Beibi Gong, Wenjuan Feng, Junhao Li dan Jinshan Liu. 

Ia mengisahkan tentang seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari maraton seperti ibunya. 

Namun, cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xio Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia. 

Pun begitu,  Xiao Erdong curi-curi melihat dan berlatih dil uar padang tanpa pengetahuan ayahnya bagi melayakkan diri untuk pertandingan tetapi malangnya Xio Erdong  terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi keyataan apabila dia disahkan buta. 

Persoalannya, bilakah filem ‘On Your Mark’  ini boleh ditayangkan di Malaysia memandangkan negara masih berdepan dengan penularan wabak COVID-19? 

Atau mungkin kah ia akan menemui penonton melalui pawagam di rumah anda sahaja melalui Astro FIrst?

Kita tunggu dan lihat perkembangannya, ya? - KitaReporters


0
3
0
0
0
You will be interested

Semut Api| Harimau Malaya hilang kuku, patah taring! Salah pemain naturalisasi, import atau FAM?

Semut Api muncul untuk gigit personaliti dan peminat sukan terutama mengenai isu-isu yang sedang diperkatakan. Gigitan Semut Api sekadar rasa gatal sikit-sikit

Pencuri berhati mulia! Mengaku terdesak, mohon maaf! Pulangkan semula sebahagian barang dicuri!

Indris Ulfi Vianto tak sangka barangannya seperti komputer riba, kamera digital dan telefon bimbit pulang semula ke pangkuannya oleh si pencuri yang baik hati
Adnan Mohamad in Gaya Hidup 1 day ago

Hobin Jang Hobin kena Covid-19! Negeri Sembilan tarik diri Piala Malaysia! Kalah 3-0 baki 4 aksi

Negeri Sembilan FC (NSFC) umum tarik diri daripada saingan Piala Malaysia 2021 selepas 20 pemain, 4 pegawai disahkan dijangkiti Covid-19, jalani kuarantin wajib
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Peluang Kedua peluang kejayaan bagi Nabila Razali! Anugerah 2x Platinum! Jualan RM400k!

Lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali berjaya raih Anugerah 2x Platinum iaitu hasil lebihi RM400,000 dalam semua platform penstriman (streaming) dan YouTube
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Siap siaga hadapi tengkujuh semasa COVID-19! 680 petugas JKNT sedia! SOP PPS juga disediakan!

Seramai 680 petugas JKNT sedia bantu mangsa-mangsa banjir di PPS sebagai persiapan bagi hadapi kemungkinan berlaku banjir ketika dalam situasi pandemik COVID-19
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 1 day ago