Seni & Sukan 17 Oct, 2020

Terengganu tertinggi! Catat jumlah penagih dadah di Malaysia

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

BENARKAH Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah tertinggi di negara ini? Mendengar laporan berkenaan ramai penduduk negeri ini terkejut malah ada yang tidak percaya dengan berita tersebut. Namun begitulah statistik yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). : KitaReporters


Penduduk di Daerah Dungun melakukan kerja gotong royong membersih port penagih dadah


Lagi cerita-cerita berkaitan dadah:

https://kitareporters.com/search?search=dadah


AADK melaporkan Terengganu adalah antara negeri tertinggi merekodkan jumlah penagih dadah bagi setiap 100,000 penduduk. Statistik AADK menunjukkan negeri ini mencatat nisbah 916 penagih dadah bagi setiap 100,000 penduduk.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Bahagian Pencegahan AADK Kebangsaan, Zainudin Abdullah,yang membandingkan Kelantan menduduki tempat kedua, diikuti Pahang dan Perlis.

Agak menyedihkan aktiviti penyalahgunaan najis dadah tersebut dimonopoli oleh penduduk khasnya remaja di negeri-negeri Pantai Timur.


Pegawai Penguat Kuasa AADK Daerah Besut menahan seorang penagih dadah ketika menyerbu sebuah rumah di daerah itu. - Gambar AADK Besut


Ibu bapa seharusnya mengambil maklum isu berkenaan dengan sentiasa mengawal pergerakan anak-anak bagi mengelak mereka terjebak dengan aktiviti terkutuk itu.

Mengulas isu berkenaan, Ikon AADK Daerah Besut, Ashari Awang berkata, pihak berkuasa khususnya agensi bertanggungjawab seperti AADK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah letih menangani aktiviti ketagihan dadah dalam kalangan remaja negeri ini.


Ikon AADK Daerah Besut Ashari Awang


Katanya, sudah banyak perancangan termasuki aktiviti dijalankan bersama komuniti untuk membendung gejala itu terus meningkat, tetapi sehingga kini kesannya belum menampakkan hasil memuaskan.

“Saya sendiri yang dilantik sebagai Ikon AADK sering kali diberi tanggungjawab menyampaikan ceramah di masjid, surau dan dalam program tertentu anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO), tetapi segelintir sahaja masyarakat yang mengambil cakna,” katanya.


Pil kuda menjadi pilihan utama penagih dadah. - Gambar hiasan


Ashari tidak terkejut dengan pendedahan statistik AADK berhubung dengan peningkatan jumlah penagih dadah di negeri ini kerana ia ada kebenaran berdasarkan jumlah tangkapan yang dilakukan sepanjang masa oleh AADK. 

“Dalam hal ini ibu bapa diminta memainkan peranan dan tanggungjawab dengan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika ada anak-anak mereka terjebaK dengan aktiviti penagihan dadah,” katanya. - KitaReporters


Remaja daerah Besut yang terbabit dengan penagihan dadah ditangkap oleh Penguat Kuasa AADK Besut - Gambar AADK Besut

15
21
70
8
22
You will be interested