BAGI pencinta kucing, tiada istilah pilih kasih sama ada 'anak bulus' itu dari baka terbaik, kucing peliharaan mahupun kucing jalanan. Semuanya dilihat dengan penuh rasa sayang sehinggakan ada yang tidak kisah berhabis wang ringgit bagi mendapatkan si comel itu! : KitaReporters
Norafidah Mat Zin bersama kucing kesayangannya, Kopi yang dipakaikan kerusi roda khas selepas lumpuh pada kedua-dua kaki belakangnya.
Ragam manja haiwan tersebut bukan sahaja mampu menghiburkan malah keperitan yang ditanggung si bulus itu juga sudah pasti mengundang sebak di hati penggemarnya.
Keadaan ini yang berlaku kepada Norafidah Mat Zin, 40, apabila dia tidak dapat menahan rasa sedih apabila melihat keadaan 'daif' kucing jalanan yang dibawa oleh anaknya pulang ke rumah.
Dengan hanya mampu mengengsot ekoran keadaan kedua-dua kaki yang lumpuh, kucing jantan yang dinamakan Kopi itu cepat benar meruntun hati Norafidah sehinggakan dia mengambil keputusan untuk memeliharanya.
Menurut Norafidah, Kopi bukan sahaja lumpuh selepas mengalami kecederaan teruk pada kedua-dua kaki belakangnya, malah sukar membuang air kencing ekoran kerosakan saraf pinggang.
"Lapan bulan lalu, anak saya bawa Kopi pulang ke rumah.
"Saya sedih melihat keadaannya yang tidak mampu bergerak dengan sempurna sehinggakan terpaksa mengengsot.
"Nasib Kopi lebih malang lagi kerana mengalami kerosakan saraf pinggang sehinggakan dia tidak mampu mengawal sistem pembuangannya sendiri," katanya ketika ditemui di rumahnya di Seri Manjung, Perak.
Norafidah bersama sebahagian kucing yang dipeliharanya.
Bersimpati dengan nasib anak bulus itu, dia dan suaminya bukan sahaja membelikan kerusi roda khas untuk si comel kesayangan mereka itu bergerak, malah memakaikannya dengan lampin pakai buang.
Bersimpati dengan nasib anak bulus itu, dia dan suaminya bukan sahaja membelikan kerusi roda khas untuk si comel kesayangan mereka itu bergerak, malah memakaikannya dengan lampin pakai buang.
Katanya, Kopi yang dikategorikan sebagai kucing kurang upaya itu kini dapat bergerak seperti haiwan lain meskipun keadaannya sedikit terbatas.
"Sebelum ini Kopi pakai lampin pakai buang untuk haiwan, tapi sekarang kami beli lampin bayi saiz S dan tebuk di belakang untuk keluarkan ekornya supaya dia lebih selesa.
"Sejak Kopi semakin membesar, kerusi roda khas yang dibeli sebelum ini telah diubah suai dengan menggunakan paip Polyvinyl Chloride (PVC) bagi membolehkan dia selesa bergerak," katanya yang memelihara lebih 30 ekor kucing.
Norafidah bersama dua kucing kurang upaya kesayangannya, Kepci (kiri) dan Kopi (tengah).
Tambah Norafidah, selain Kopi, dia turut memelihara seekor kucing lain yang turut mengalami nasib yang sama, di mana haiwan itu patah kaki kiri di bahagian hadapan.
Tambah Norafidah, selain Kopi, dia turut memelihara seekor kucing lain yang turut mengalami nasib yang sama, di mana haiwan itu patah kaki kiri di bahagian hadapan.
"Kepci juga sangat istimewa di hati kami. Kedua-dua ekor kucing ini tidak sempurna tapi mereka tetap aktif seperti kucing lain.
"Keletah mereka sering menghiburkan kami sekeluarga," katanya. - KitaReporters