Seni & Sukan 02 Feb, 2022

Video| Nak beli emas? Ini masanya! Ada tawaran menarik di YSG hingga 6 Feb! Potongan sampai 45%!

@rashidah ibrahim
Bermula di Berita Harian sebagai wartawan di meja berita am 1985, diikuti Berita Minggu, meja mahkamah dan pendidikan sebelum ke majalah Anjung Seri (1993-2015). Jawatan terakhir Timbalan Editor. Meneraju variaseri.com youtube Anjung Destinasi TV.

Share this



DALAM pada banyak perniagaan terkesan teruk oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada musim Covid-19, kedai emas antara bertuah kerana tetap dikunjungi pelanggan

Walaupun bukan menjual barang keperluan harian, kedai emas tetap dicari ramai. Pelanggan datang berpusu dan sanggup beratur panjang untuk masuk berurusan, dan ini sungguh di luar dugaan


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan emas


Tiga pilihan cincin permata penuh bergaya dan diskaun sehingga 45 peratus.


Dari kiri: Yana dan Iqwan di ruang pameran Yana Sofia Gold (YSG),Sentul Perdana.


Menurut Nik Nurliana Nik Hamid (Yana), beliau berhadapan sendiri dengan situasi itu sewaktu membantu ibunya, Wang Faridah Akmal Wan Endut menguruskan kedai emas mereka di Keramat Mall.

"Saya baru beberapa bulan berhenti kerja, membantu ibu sepenuh masa di kedai itu. Biarpun dalam keadaan PKP, tersangat ramai pelanggan sehingga kami tidak menang tangan," ujar Yana sambil menambahkan, dengan situasi itu kemudian mendorong suaminya, Kamal Iqwan Kamaluddin turut bersama menguruskan kedai emas itu. 

"Kami beri tumpuan sepenuhnya kepada pelan pembangunan perniagaan terutama dalam sistem pasaran berinternet, khususnya jualan secara dalam talian (online) dan langsung (live)," ujar Yana sambil menambah, perniagaan emas Preloved 916 yang dimulakan di Keramat Mall, juga mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan di seluruh Malaysia dengan pengenalan jualan secara online dan live. Begitu juga di kedai.


Gelang emas import dari Itali


Cincin batu permata 916 dan cincin perak (untuk lelaki) sesuai bagi pasangan yang ingin mencari cincin pertunangan dan perkahwinan kerana reka bentuknya yang eksklusif dan tampak mewah.


"Yang ramai datang tu, ada nak membeli dan ada yang nak menjual (barang kemas mereka). Yang nak beli dan jual tu boleh dikatakan sama ramai. Mereka sanggup beratur panjang untuk masuk berurusan. 

Pada pendapat Yana, pengeluaran dari tabungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui program i- Citra, punca pelanggannya tersangat ramai. 

“i-Citra diperkenalkan bagi membantu ahli pencarum KWSP terkesan dengan PKP meneruskan kelangsungan hidup pada musim pandemik Covid-19, yang membenarkan individu terbabit membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dibayar kepadanya secara ansuran, RM1,000 setiap bulan.

"Dengan wang itu, pelanggan datang ke kedai membeli emas, menunjukkan mereka bijak memanfaatkan wang KWSP, menukarnya dengan barang emas sebagai simpanan, sekali gus sebagai pelaburan."

Berikutan sambutan di luar dugaan itu, Yana dan Iqwan bertambah yakin dengan perniagaan itu sehingga mendorong mereka berusaha membesarkan kedai mereka. 



Aneka pilihan gelang dan rantai tangan di YSG.


November 2021 lalu, sedang orang lain sibuk tutup perniagaan, sebaliknya mereka sibuk mencari tempat sesuai untuk membuka kedai baru yg lebih besar dan menambah produk baru. 

Selepas tiga bulan, akhirnya perancangan mereka menjadi realiti. Dengan pembukaan rasmi kedai Yana Sofia Gold (YSG) di Sky Awani, Jalan Sentul Perdana pada Januari 2022 lalu, tercapai sudah cita-cita mereka untuk memiliki kedai emas sendiri, yang menjual barang emas 916 baru dan preloved, dan cincin permata 916.


Gelang eksklusif dengan reka bentuk gaya pintal


Menurut Yana, ada sedikit perubahan dari segi penerimaan masyarakat terhadap barang emas. 

"Zaman saya mengikut emak keluar berniaga emas, rata-rata pelanggannya dari kalangan orang tua atau `emak-emak` sahaja.

"Orang muda kurang berminat tetapi sekarang lain, orang muda juga gemar membeli emas. Namun mereka tidak suka pakai yang besar, dilabel kekampungan atau KG.com

"Trend orang muda, gemarkan rekaan moden, ringkas dan comel, kini mereka cenderung memilih bentuk berasaskan gaya perhiasan jenama terkemuka dari luar negara, yang bukannya emas sebenar. 

"Sebaliknya jenis saduran dan tiada nilai, maka sudah tentulah barang dari kedai YSG, pilihan terbaik kerana ia emas tulin jenis 916, yang bernilai kekal, malah harganya boleh naik merentasi arus masa, mengikut harga pasaran," ujar Yana lagi.



Gelang gaya mewah, diimport dari Itali.


"Alhamudulillah, dengan penerapan rekaan berjenama, telah meningkatkan lagi penerimaan dalam kalangan orang muda terhadap barang perhiasan emas," ulas beliau lagi sambil menggalakkan orang ramai membeli emas, tidak kira dalam apa bentuk pun, sama ada perhiasan diri, emas ketul mahupun dinar, kerana memilikinya adalah satu pelaburan

Menyimpan emas adalah pelaburan senyap untuk jangka masa panjang, selain sebagai pelindung untuk masa sukar. 

Ibarat peribahasa sediakan payung sebelum hujan, dengan cara membeli emas, ia boleh dijual atau digadai untuk ditukar kepada wang pada bila-bila masa sahaja diperlukan. 

Misalnya pada musim pendamik ini, berapa ramai individu mendapat manfaat daripada simpanan emas masing-masing dengan menukarnya kepada wang, untuk kegunaan pada waktu sukar. 


Reka bentuk unik, paduan gelang dan rantai tangan


Gelang tangan reka bentuk unik dengan hujung berselisih.


Cincin perkahwinan dan pertunangan


YSG di Sentul Perdana menawarkan jenis barang emas 916 termasuk yang diimport yang reka bentuknya menepati kehendak semua golongan, kalangan dewasa, tua dan juga muda, dengan gaya moden, menarik, dan eksklusif.

Pilihannya meliputi reka bentuk moden iaitu Cincin Batu Permata 916 bertatahkan batu Zirconia bermutu tinggi, sangat sesuai sebagai cincin pertunangan dan perkahwinan, yang tampil eksklusif dan mewah apabila dipakai, cantik lagi bersinar. 

Peluang tawaran potongan harga 45 peratus bagi pembelian Cincin Batu Permata 916 sempena pembukaan kedai itu tidak harus dilepaskan. 

Sempena pembukaan kedai baru itu juga, YSG menawarkan pelbagai promosi antaranya potongan harga emas baharu sebanyak RM3/g dan potongan harga emas preloved RM5/g. 


Pilihan biji manik (beads) Charm, boleh dikumpul beli secara berperingkat-peringkat.


sementara itu, produk gelang Charm, adalah antara yang menarik dijadikan pelaburan. 

"Beli dahulu tali gelangnya dengan harga sekitar RM3,000, dan kumpullah biji bebola maniknya dengan membeli satu setiap bulan pada harga sekitar RM200 sebiji, lama kelamaan gelang itu akan penuh. Pada waktu genting, juallah satu untuk ditukar dengan wang dan kemudian boleh beli semula," saran Yana. 



Promosi berlangsung sehingga 6 Februari 2022. Pelanggan yang membeli akan mendapat baucer diskaun RM2 untuk pembelian seterusnya di samping turut disediakan pelbagai lagi hadiah barang.

YSG juga menawarkan transaksi jual beli emas lama, yang mana pelanggan boleh menukar emas lama dengan wang tunai pada harga tinggi selain menukar emas lama dengan emas baru yang lebih moden.

Yang bagusnya, tidak perlu menunjukkan resit bukti pembelian emas lama, bahkan YSG juga membeli perhiasan emas pelanggan yang rosak. - KitaReporters


9
11
0
17
0
You will be interested