Carly Fisher sebelum berpisah dengan suaminya. - Kredit foto: Daily Mail
WAJAH yang cantik dan tubuh badan yang langsing adalah menjadi idaman setiap wanita dan impian ke arah itu menjadi kenyataan kepada seorang wanita Inggeris kerana selepas gagal dalam alam rumah tangga, dia nekad untuk mengamalkan makanan sihat dan diet sehingga dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 76 kilogram.
Carly Fisher, 41, yang mempunyai tiga orang anak telah berpisah dengan suaminya sejak Mac 2021 mengaku tanpa mengamalkan produk-produk kesihatan ataupun produk langsing lain tetapi dia mampu mengurangkan berat badannya sebanyak itu sehingga kini berat tubuhnya menjadi 64 kilogram dari 140 kilogram.
Malah, wanita itu lebih yakin dengan mengamalkan makanan yang sihat dan diet secara teratur ia tidak memberi apa-apa kesan sampingan kepada tubuh badannya ketika usianya yang semakin meningkat.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan diet
Sebelum itu ketika usianya 40 tahun, Carly dari bandar Llanelli, selatan Wales mempunyai berat badan 140 kilogram.
Namun berat badannya telah mula menurun selepas berpisah dengan suaminya akibat tertekan dengan masalah rumah tangga yang tidak berpanjangan.
Laporan Manchester Evening News pada 29 Ogos 2021 menyebut, berikutan dengan perceraian itu Carly bangkit dengan semangat baharu untuk mengamalkan makanan seimbang sambil melakukan aktiviti olahraga bagi mengurangkan berat badannya yang terlalu gemuk tidak sesuai dengan usianya itu.
``Saya selalu merasa tubuh mempunyai berat badan yang berlebihan dan ketika itu saya tidak terfikir untuk menurunkan berat badan seperti yang saya alami sekarang.
``Kemungkinan juga tubuh badan saya yang besar serta gemuk menyebabkan rumah tangga saya hancur lalu suami tinggalkan diri saya,’’ kata Carly.
SELEPAS bercerai dengan suaminya, Carly mengamalkan makanan yang sihat dan diet sehinga mampu menghasilkan berat badan 64 kilogram. - Kredit foto: Manchester Evening News.
Wanita berkenaan berkata, selepas itu dia mula mengurangkan jumlah makanan yang mengandungi karbohidrat selain meningkatkan makanan berserat seperti perbanyakkan sayuran dan menjauhkan makanan-makanan yang tinggi kalori.
Salah satunya, Carly mula meninggalkan makanan tengah malam serta memperbaiki waktu makan agar lebih teratur dan menjadi rutin tidak seperti dulu lagi.
Carly mengakui kebiasaannya melewatkan makan pada waktu siang dengan mengutamakan pekerjaannya dahulu adalah tidak sesuai yang pernah dilakukannya sebelum itu.
Meskipun berat badannya telah menurun secara mendadak tetapi wanita itu sentiasa menjaga berat badannya stabil setiap masa supaya tidak menjadi seperti dulu lagi.
CARLY Fisher selepas berpisah dengan suaminya. - Kredit Foto : Manchester Evening News.
``Sehingga kini, saya terus mengendalikan cara pemakanannya yang teratur, melakukan olahraga (aktiviti berpeluh) dan mengamalkan makanan yang seimbang,’’ ujarnya.
``Apa yang saya lakukan selama ini berhasil dan saya rasa hidup saya bahagia selepas berat badan saya kini 64 kilogram berbanding sebelum ini 140 kilogram,’’ ujarnya. - KitaReporters
CARLY FISHER. - Kredit foto: Daily Mail