TEPAT detik 12 malam 30 Ogos, laungan ‘Merdeka’ sebanyak tujuh kali bergema memecah keheningan tengah malam sebagai kemuncak sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-62 di Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.
TEPAT pukul 12 malam, penduduk berdiri melaungkan 'Merdeka' sambil mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu patriotik pada sambutan ulang tahun kemerdekaan di Danau Kota, Setapak.
DR. TAN KEE YEW bersama ahli jawatankuasa sambutan ulang tahun kemerdekaan Danau Kota, Setapak.
Penduduk taman yang berkumpul sejak pukul 9 malam di padang permainan taman tersebut dengan penuh semangat berdiri melaungkan ‘Merdeka’ sambil mengibarkan bendera negara.
Turut hadir pada majlis yang juga dikenali sebagai sambutan Ambang Merdeka ini ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew.
JUALAN buku.
Penduduk terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa, menantikan detik tersebut dengan penuh debar. Inilah kali pertama penghuni taman di bawah naungan Persatuan Penduduk Danau Kota, meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan walaupun taman itu sudah berusia 30 tahun. Sebelum ini yang pernah diadakan hanyalah sambutan hari raya.
Ternyata Jawatankuasa Persatuan Penduduk yang baharu didaftarkan kembali, dengan Encik Ghazali Katun sebagai pengerusi, begitu aktif menyediakan perancangan untuk mengeratkan lagi hubungan sesama penduduk dengan mengadakan pelbagai aktiviti melibatkan mereka.
Sambutan ulang tahun kemerdekaan ini adalah antara inisiatif utama yang dijalankan oleh Ghazali dengan kerjasama padu rakan-rakan dalam jawatankuasa yang sentiasa bekerja keras sejak menghidupkan kembali persatuan lama yang telah dibatalkan pendaftaran.
Timbalan Pengerusi persatuan penduduk, Datuk Hassan Mohd. Amin pula bertindak sebagai Pengerusi majlis sambutan.
JUARA ping pong, Haji Basir (kanan) dan naib juara, Datuk Hassan (kiri).
Pihak jawatankuasa serta para sukarelawan mengadakan perbicangan teliti dalam suasana muhibbah untuk memastikan persiapan majlis tersebut berjalan lancar dan program-program yang dijalankan memberikan peluang kepada para penduduk berkumpul dan berinteraksi.
Antaranya, sebelum malam kemuncak tengah malam 30 Ogos, diadakan pertandingan sukan seperti ping pong dan dart. Juga diadakan jualan boot kereta (car booth sale).
Pada malam sambutan pula, diadakan gerai-gerai jualan penduduk taman yang menjual barangan seperti pakaian, buku, minyak wangi, beg serta bunga hiasan. Nyata majlis sambutan ini memberi peluang kepada penduduk berniaga.
Selain itu acara seperti membaca sajak dan cabutan bertuah juga diadakan. Untuk kanak-kanak sekolah juga didakan kuiz selain pertandingan merebut kerusi.
GERAI bunga hiasan.
GERAI pakaian.
GERAI kuih muih.
Bakhtiar Wan Salman, anak penyanyi tersohor Wan Salman Ahmad, mengacarakan majlis dari mula hingga akhir. Ternyata beliau memang berbakat sebagai pengacara.
Kesepakatan antara penduduk terserlah apabila mereka sama-sama berganding bahu menyediakan makanan. Mereka membawa makanan secara ‘pot luck’ dengan pelbagai jenis makanan seperti nasi goreng, bihun, roti jala, nasi lemak, kuih muih dan makanan ringan lain.
Tepat pukul 12 malam,laungan ‘Merdeka’ bergema diiringi tembakan bunga api berwarna warni yang sungguh menarik. Ini diikuti acara memotong kek ulang tahun kemedekaan ke-62.
Lagu-lagu patriotik juga berkumandang seiring dengan laungan ‘Merdeka’. Antaranya lagu ‘Negaraku’ dan ‘Jalur Gemilang’.
Dengan kejayaan sambutan ulang tahun kemerdekaan tahun ini, ia bakal kembali tahun hadapan dengan pelbagai penambahbaikan.
SEBAHAGIAN penduduk yang hadir.
BUNGA api menyerikan sambutan kemerdekaan.
SEBAHAGIAN tetamu yang hadir menjamu selera.
DUDUK bersantai sambil menjamu selera.
GERAI pakaian.
JUALAN beg dan kasut.