Gaya Hidup 02 Jan, 2022

Keluarga Malaysia: Lupa penat lelah demi keprihatinan! Jiran Wanita KRT Suadamai agih makanan!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


Adibah Sukir (empat dari kiri) bersama-sama ahli Jiranita menyiapkan paket makanan yang siap dimasak untuk diagihkan kepada mangsa banjir.


BAGI meringankan bebanan mangsa banjir, Jiran Wanita (Jiranita) Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Suadamai Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras, Selangor mengambil inisiatif melancarkan Misi Bantuan Banjir Daerah Hulu Langat sejak 20 Disember 2021 lalu.

Menerusi tabung yang diwujudkan bertepatan dengan aspirasi Keluarga Malaysia itu, Jiranita mengambil langkah segera dengan mengagihkan paket makanan yang siap dimasak seperti bihun goreng, nasi goreng, nasi bungkus serta kuih-muih kepada penduduk dan pusat tahfiz yang digenangi banjir sekitar Hulu Langat dan Balakong.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan infak makanan


Abdul Ghani (kanan), Dr Abdul Rahim bersama-sama Adibah (kiri) dan ahli Jiranita KRT Suadamai BTHO menyerahkan sumbangan dapur gas kepada PPS di SMK Abdul Jalil, Batu 14, Hulu Langat, Selangor pada 30 Disember 2021 lalu.


Pengerusinya Adibah Sukir berkata, sumbangan orang ramai khusus penduduk di BTHO kepada tabung itu digunakan untuk membeli keperluan bahan mentah dalam misi menyediakan bantuan makanan sebanyak antara 300 hingga 400 paket setiap hari.

Menurutnya, semua makanan itu dimasak secara bergotong-royong  bermula Isnin hingga Jumaat setiap minggu bagi membolehkan mangsa banjir menikmati makanan kerana mereka tidak mempunyai masa untuk memasak kerana sibuk mengemas rumah yang terjejas teruk selepas ditimpa banjir.

“Kami Jiranita amat berasa terharu apabila tabung yang diwujudkan ini mendapat sambutan daripada penduduk pelbagai peringkat di BTHO yang menunjukkan keprihatinan bagi membantu meringankan bebanan mangsa banjir.


Mangsa banjir menerima sumbangan bantal dan toto yang disampaikan oleh Adibah.


Adibah berkata, terkini misi bantuan itu menyumbangkan 50 set dapur gas hasil sumbangan dana penduduk BTHO untuk diagihkan kepada keluarga mangsa banjir yang mengalami kerosakan teruk peralatan memasak.

Sumbangan itu telah disampaikan oleh Pengerusi KRT Suadamai BTHO, Profesor Dato’ Dr Abdul Rahim Mohamed dan bendaharinya, Datuk Abdul Ghani Ahmad kepada pihak pengurusan pusat pemindahan sementara  (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Jalil, Batu 14, Hulu Langat pada 30 Disember 2021 lalu.

Menurutnya, sumbangan dapur itu sekurang-kurangan dapat meringankan bebanan sebahagian hampir 1,000 mangsa banjir dalam kalangan keluarga pelajar yang ditempatkan di situ sementara menunggu keadaan air banjir surut sepenuhnya sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.


Ahli Jiranita KRT Suadamai BTHO bersama bungkusan paket makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.


“Saya bersama-sama rakan juga berasa terharu serta berterima kasih kepada seorang ahli Jiranita, Datin Maria serta suaminya, Datuk Shaharuddin yang menyumbangkan 100 set toto, bantal, tuala dan beberapa keperluan asas lain untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

“Jiranita akan meneruskan komitmen untuk membantu mangsa banjir selain menunaikan amanah orang ramai khusus penduduk BTHO yang menyumbangkan dana kepada tabung misi ini bagi membantu mangsa banjir,” kata Adibah.

Sementara itu, Dr Abdul Rahim, berkata kesepakatan yang ditunjukkan oleh ahli  Jiranita amat dikagumi semua pihak apabila sanggup turun padang saban hari untuk mengagihkan paket makanan yang siap dimasak kepada mangsa banjir tanpa mengenal penat lelah.


Ahli-ahli Jiranita berswafoto bersama-sama barangan keperluan asas yang akan diagihkan kepada mangsa banjir sekitar Hulu Langat.

25
16
0
10
0
You will be interested

Video| Dituduh tinggalkan ibu sendirian! Normala Samsudin sedih disindir! Itu semua pilihan ibu!

Normala Samsudin luahkan rasa sedih dan kecewa apabila segelintir netizen kecamnya kerana tinggalkan ibunya bersendirian di kampung kerana itu pilihan emaknya

Video| Shuib tolak lamaran DSV! Tak sesuai! Baru kenali seseorang diperkenal ibunya! Orang biasa!

Shuib kata dirinya tiada hati untuk berkahwin dengan DSV. Baru kenali seseorang yang diperkenal ibunya. Dia adalah orang biasa bukan artis atau ahli perniagaan
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| HQ baharu FAM! RM33 juta di Putrajaya! Realisasikan aspirasi Almarhum Sultan Ahmad Shah!

Ibu pejabat baharu FAM bernilai RM33j di Presint 5, Putrajaya bakal dinamakan Kompleks Sultan Ahmad Shah atas ilham Almarhum Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 8 hours ago

Video| Baim Wong buka lagi restoran! Untuk beri makanan percuma! Restoran Silahkan Makan Gratis!

Pelakon sinetron, Baim Wong sediakan makanan secara percuma kepada pengemudi ojek online (ojol) dan anak-anak kecil, orang lanjut usia, orang yang cacat fizikal
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 1 day ago

Mudahkan urusan! MBSB Bank sumbang mesin kira duit kepada masjid di Perlis! Libatkan 104 masjid!

Sebagai salah satu usaha CSR, MBSB Bank cawangan Kangar tampil sampaikan sumbangan mesin kira duit kepada 104 masjid di Perlis secara berperingkat-peringkat
Nur Sabrina Samsudin in Gaya Hidup 1 day ago