Seni & Sukan 07 Apr, 2022

Maritim Terengganu tahan 6 bot nelayan Vietnam, 57 kru! Ceroboh perairan! Operasi 3 hari berturut!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

SALAH sebuah bot nelayan asing yang dipercayai dari Vietnam yang ditahan oleh Maritim Terengganu di perairan Terengganu baru-baru ini. - Kredit foto: Maritim Terengganu


ENAM buah bot nelayan Vietnam termasuk 57 nelayan asing berserta tekongnya yang menceroboh di perairan Terengganu untuk menangkap ikan berjaya ditahan dalam tempoh tiga hari berturut-turut di beberapa lokasi berasingan sejak 31 Mac 2022 lalu.

Penahanan bot nelayan terbabit dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu dalam operasi Op Kuda Laut dan Op Naga Barat yang berakhir pada 2 April 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Maritim Malaysia

EMPAT nelayan asing daripada 57 orang yang ditahan oleh Maritim Terengganu dalam operasi Op Kuda Laut dan Op Naga Barat. - Kredit foto: Maritim Terengganu.



Mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tekong dan kru tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, enam buah bot itu ditahan oleh Kapal Maritim (KM) Gemia, KM Redang serta bot Penggalang 16.


MUHAMMAD SUFFI MOHD RAMLI


Beliau berkata, operasi berkenaan dilakukan di perairan Terengganu yang jaraknya 115 batu nautika hingga 134.5 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

Menurutnya, bot tersebut dipercayai milik nelayan Vietnam berdasarkan struktur fizikal, nombor patel, tiada lesen serta tiada kebenaran melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara.


BOT nelayan asing yang ditahan oleh Maritim Terengganu. - Kredit foto : Maritim Terengganu 


“Pemeriksaan lanjut ke atas bot-bot terbabit, kami turut menemui hasil tangkapan laut, bekalan diesel, bot serta alat menangkap ikan yang dianggarkan bernilai RM9 juta,” katanya seperti dilaporkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia pada 5 April 2022.

Semua nelayan asing itu dibawa masuk ke Jeti Maritim Terengganu untuk proses saringan Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selepas itu, katanya, kes tersebut diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan selanjutnya. - KitaReporters


Kredit foto : Maritim Terengganu

8
12
0
13
0
You will be interested