Seni & Sukan 15 Aug, 2020

Sekali Ini je! Tonton video muzik Nysaa Nazry! Menang hadiah

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

JIKA disebut nama pendatang baharu ini, Nysaa Nazry, 24, pasti ramai yang belum mengenalinya waima sejak dilancarkan video muzik lagu single sulungnya, “Sekali Ini” pada awal Mac 2020 lalu hanya mampu mendapat 10,364 tontonan sahaja. Tetapi menariknya, Nysaa sendiri sanggup menganjurkan peraduan dengan hadiah lumayan kepada sesiapa yang menonton videonya dan berjaya menjawab dua soalan yang diajukan. - KitaReporters

Nsyaa Nazry. - Kredit foto: Instagram @nisyaa.nazry.


Lagi cerita-cerita berkaitan lagu: 

https://kitareporters.com/search?search=lagu


Dalam laporan sebuah portal, Nysaa menawarkan pakej percutian untuk dua orang ke Pulau Tioman sebagai hadiah pertama, manakala sebuah telefon bimbit menanti pemenang kedua dan tempat ketiga sehingga sepuluh berpeluang pula menerima barangan berjenama Victoria Secret.

Wow... hebat kan? Kalah artis-artis popular tak gitu?

Sebagaimama kita kini harus mengikuti norma baharu dalam kehidupan seharian, initiatif daripada Nysaa ini sesungguhnya satu norma baharu dalam usahanya mempromosikan lagunya.

Dalam pada itu, pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana artis muda yang melahirkan single di bawah label Monkey Bone ini mampu menyediakan hadiah lumayan. Dari mana beliau peroleh wang ringgit waima baru sahaja menapak dalam industri hiburan?

Sebenarnya, gadis dari Subang Jaya ini merupakan seorang ahli korporat berjaya yang beralih ke bidang nyanyian kerana minat yang begitu mendalam pada industri muzik dan hiburan.

Malah Nysaa yang berbakat bermain dram dikatakan sering mengisi masa lapangnya dengan menyanyi lagu ‘cover’ di mini studio miliknya seperti contohnya lagu 'Monkey Dance' nyanyian asal Tones ini.



Tu dia ada mini studio lagi, korang ada?

Apa pun, yang penting sekiranya anda berminat untuk mencuba nasib melalui pertandingan yang dianjurkan Nysaa sebagai menghargai peminat dan pengikut laman Instagramnya berjumlah 13,700 orang ia mudah sahaja.

Korang cuma perlu menonton muzik videonya dekat YouTube dan menjawab dua soalan berikut melalui aplikasi WhatsApp dan hantar ke talian +6017-3417530.

Soalannya:

1. Berapa helai bajukah yang dipakai Nysaa sepanjang muzik video itu?

2. Apakah maksud kebahagiaan? Buat ayat tidak melebihi 15 patah perkataan...

Kemudian jika nak tahu keputusan menang atau tidak… tunggu aje pengumumannya pada malam 31 Ogos 2020 sempena Hari Kemerdekaan tau? 

Pemenang bertuah akan dihubungi sendiri oleh pihak Nysaa jadi jangan bimbang. Good luck semua!

Dalam pada itu, sekiranya gagal anggaplah sumbangan anda menonton video itu ada berkat pahalanya kerana sesiapa yang melayari video muzik berkenaan  turut beramal secara langsung.

Eh! beramal bagaimana pula?

Nysaa merancang untuk mendermakan separuh hasil pendapatan pertama melalui YouTube muzik video berkenaan ke rumah badan kebajikan dan anak-anak yatim.

Pendekata, kalau tak menang pun tak apalah sebab initiatif menonton sahaja pun turut  menyumbang ke arah beramal. 

Apa pun, ternyata Nysaa mempunyai caranya yang tersendiri untuk menarik perhatian netizen waima jika korang layan laman Instagram Nysaa @nysaa.nazry dapat dilihat bukan 'sekali ini' sahaja (seperti judul lagunya) Nysaa menganjurkan peraduan untuk peminat-peminat dengan pelbagai hadiah lumayan malah banyak kali dah tau!. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested