SETIAP orang mesti ada cara tersendiri untuk mengubah suai rumah mereka mengikut cita rasa sendiri agar rumah yang didiami itu selesa dan sejuk mata memandang. Tapi kalau seseorang itu terlalu kreatif atau sebaliknya pula, ada dua kemungkinan, sama ada orang menerima atau orang melihat dengan tanda tanya. : KitaReporters
Kredit video Nuyune
Satu video daripada Valen Rewah yang bertajuk 'Rumah gw (gua/saya) aneh check' yang dikongsi oleh Nuyune dalam Twitternya di mana video tersebut, Valen menunjukkan hasil kerja ubah suai oleh ayahnya.
Dalam video itu, Valen sendiri seakan-akan mempersoalkan corak serta warna yang dihasilkan oleh ayahnya itu.
Pintu dicat warna hijau, manakala dinding pula warna oren.
Tambahan pula, jika dilihat, dalam rumah mereka juga terdapat pelbagai warna di dinding.
Huh, ini baru betul dan sesuai dengan tagline 'Bukan Biashe-biashe'!!
Namun begitu, apa yang mencuit hati adalah keadaan di alam kamar mandi.
Kebiasaan, tempat buka air di situ itu di atas tetapi disebabkan ayahnya terlalu 'kreatif' diletaknya di bawah sinki.
Tidak cukup dengan itu, di dapur juga terjadi begitu tapi paip diterbalikkan oleh ayahnya.
Menerusi video kedua Valen, ayahnya telah memberikan sebab kenapa warna dan kedudukan paip itu berbeza.
Kredit video Nuyune
Kata ayahnya, untuk paip di bilik mandi, mereka perlu membuka dari bawah dan air akan keluar dari atas.
Bagi orang yang pertama kali masuk bilik air nie, mesti keluar balik!!!
Manakala paip di dapur yang diterbalikan itu pula, ia sebenarnya fungsinya fleksibel untuk memudahkan mereka yang tinggi dan rendah.
Jika dilihat dalam video lagi, nampaknya ayah Valen masih dalam proses mengubah suai rumah mereka.
Mungkin apabila siap nanti, lagi banyak perkara pelik akan ditemui dan berharap ayahnya tidak letak katil di atas dinding pula. - KitaReporters