Seni & Sukan 27 Nov, 2021

Video| Tetamu teruja diberikan ikan laga Siam! Sebagai buah tangan majlis resepsi perkahwinan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

PARA tetamu memilih ikan laga Siam yang dijadikan cenderamata. - Kredit foto: TikTok @arigathankss

MENGHADIRI resepsi perkahwinan pasti mengujakan bukan sahaja dihidangkan makan kenduri dan berkumpul bersama sanak saudara tetapi juga sebelum balik pasti diberikan cenderamata daripada tuan rumah sebagai tanda terima kasih meraikan pasangan pengantin baharu.

Jika dahulu tetamu diberikan telur rebus sebagai cenderamata untuk dibawa pulang. Tapi kini pelbagai bentuk cenderamata difikirkan dan diberikan. Dan bentuk cenderamata itu bergantung kepada kemampuan tuan rumah. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan majlis perkahwinan



Namun satu majlis resepsi perkahwinan di Serpong, Tanggerang Selatan dekat Jakarta yang berlangsung pada Sabtu, 20 November 2021 lalu agak unik apabila tetamu diberikan seekor ikan laga Siam atau ikan cupang setiap seorang.

Wow..luar biasa!

Balang kecil lutsinar dengan seekor ikan laga Siam diletak di atas setiap meja makan dan tetamu boleh memilih jenis atau warna ikan laga Siam yang diminati.

Tetamu yang hadir majlis berkenaan menyifatkan cenderamata itu unik kerana mereka belum pernah menerima cenderamata sedemikian.

Difahamkan bapa kepada pengantin lelaki mempunyai hobi dan memelihara ikan hiasan menyebabkan dia mahu berkongsi minat kepada tetamu yang hadir. 

Justeru timbul idea untuk memberi hadirin pada majlis resepsi perkahwinan anaknya dan berkongsi minat itu dengan tetamu supaya memelihara ikan laga Siam di rumah sebagai salah satu bentuk perhiasan. 



/

Antara ikan laga siam  yang dijadikan cenderamata. Kredit foto: @arigathankss

Perkongsian menarik itu dimuat naik pemilik TikTok @arigathankss_ atau nama sebenarnya Agatha Tee yang berkongsi momen indah itu.

Menurut Agatha, majlis unik itu merupakan majlis perkahwinan saudara sebelah suaminya. Malah wanita berusia 30 tahun itu mengakui majlis yang dihadiri itu sangat luar biasa dan mencetuskan suasana seronok dalam kalangan keluarga dan tetamu.

Bukan sekadar itu, cenderamata yang diagihkan tersebut juga merupakan yang pertama seumpamanya dilakukan di Indonesia. 

Dia yang bekerja sebagai perancang perkahwinan tertarik dengan pemberian cenderahati unik itu. Menurut Agatha dia jadikan ikan cupang itu sebagai hiasan di rumahnya. 

Mungkin idea ini boleh diikuti untuk dijadikan cenderamata resepsi perkahwinan lain. - KitaReporters


12
13
0
15
0
You will be interested