Seni & Sukan 30 Dec, 2021

Video| Terima kasih Ernie Zakri! Jadi duet GV8 Sa.Ya! Saiful, Yassin hadiahkan alat penapis air!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Kumpulan Sa.Ya (Saiful Apek dan Yassin Senario) mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Gegar Vaganza musim 8 (GV8) kali ini. 

Walaupun tidak pernah menduduki enam senarai teratas, namun kumpulan duet ini mampu mempertahankan kategori Bintang Cuckoo Paling Gempak sejak minggu pertama, menjadikan kumpulan ini sudah memiliki enam alat penapis air Cuckoo Xcel.

Kejayaan memiliki alat penapis air Cuckoo ini hasil undian daripada orang ramai melalui Facebook Bintang Cuckoo Paling Gempak. Ia membuktikan Sa.Ya mempunyai peminat setia yang ramai berbanding peserta lain.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelawak

Ernie dan Syamel gembira menerima hadiah daripada Sa.Ya



Disebabkan sudah banyak memiliki penapis air, Sa.Ya berhasrat menyerahkan alat penapis Cuckoo minggu ke-6 kepada Ernie Zakri yang merupakan pasangan duetnya pada minggu ke-6.

Sa.Ya menyatakan ia merupakan pemberian hadiah awal untuk anak pertama Ernie yang akan lahir tidak lama lagi.


Sa.Ya dan Ernie berduet dalam GV8 minggu ke-6

Ia juga sebagai ucapan terima kasih kepada Ernie yang sedia menjadi pasangan duet Sa.Ya walaupun ketika hamil 7 bulan.

Pada minggu itu, Sa.Ya dan Ernie berduet dalam lagu 'Hampir Ke Situ' dan berlatih selama 3 hari. Ia membolehkan Sa.Ya menduduki tempat ke-9 bagi membolehkan kumpulan ini memperolehi penapis air selanjutnya.

Ernie dan suami, Syamel terharu menerima hadiah daripada Sa.Ya itu.



"Paling terharu, abang-abang Sa.Ya bagi Bintang Cuckoo Paling Gempak kat Ernie semalam, sweet kan?," kata  Ernie Zakri menerusi satu posting dalam Instagram.

Ernie dan Syamel turut bertuah diberi peluang muncul sebagai pasangan duet pada minggu ke-6. Syamel berduet dengan Nikki Palikat membawa lagu ‘Gurindam Jiwa’ dengan berseragam pegawai tentera. - KitaReporters


17
17
0
11
0
You will be interested