Gaya 21 Jul, 2020

Baiknya dia! Anjing ambil surat daripada posmen bagi tuannya

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this

SELAIN faktor cuaca, antara gangguan biasa yang sering dihadapi posmen ketika menjalankan tugas penyerahan item pos ialah dikejar oleh haiwan seperti anjing. Sememangnya kejadian dikejar oleh anjing menjadi pengalaman mengerikan kepada sebahagian posmen di negara ini. : KitaReporters 

Posmen Munir Mohd menyerahkan surat kepada anjing untuk dibawa kepada tuannya. - Kredit foto: FB Munir Mohd


Tatkala masyarakat sering membangkitkan keluhan terhadap mutu perkhidmatan pos tidak ramai yang mengambil tahu masalah yang dihadapi posmen ketika mereka bertugas sama ada di dalam pejabat, jalan raya, sungai dan halaman rumah penduduk. 

Kejadian posmen dikejar oleh anjing ketika menyerahkan surat atau bungkusan di rumah kediaman adalah cerita biasa yang pernah didengar oleh masyarakat. 

Bagaimanapun, agak jarang yang mendengar cerita  sekor anjing yang begitu jinak, malah mengambil sendiri surat daripada seorang posmen yang datang menyerahkan item pos di rumah tuannya

Posmen Munir Mohd menarik perhatian netizen kerana berjinak dengan anjing


Kisah benar itu dialami sendiri oleh seorang posmen yang dikenali sebagai Munir Mohd yang bertugas di Pejabat Pos Lenggong, Perak

Malah, Munir turut berkongsi pengalaman kisah anjing yang mengambil surat daripadanya menerusi rakaman video anjing jinak itu yang ditularkan dalam laman Facebook miliknya.

Tular dalam media sosial kisah Munir Mohd menyerahkan surat kepada sekor anjing di Lenggong, Perak


Kisah menarik dan luar biasa itu mungkin disebabkan Munir terlalu lama bertugas di kawasan penyerahannya menyebabkan anjing berkenaan mengenali beliau kerana sering datang ke rumah tuannya untuk menghantar surat.

"Selamat Pagi Gais....mmg jinak dh 4 tahun knl...hahahah....tugas dye mmg ambil surat..." begitulah coretan daripada Munir Mohd dalam Facebooknya tiga hari lepas tentang kisah seekor anjing yang begitu jinak dan mengambil surat daripada seorang abam posmen. 

Anjing garang sering menggangu tugas posmen menyerahkan surat.Gambar hiasan


Bukan sekali Munir berkongsi video anjing yang jinak itu dalam laman Facebooknya. 

Tetapi banyak kali malah ada sekali, anjing itu menunggu kehadiran abam Posmen bersama dengan tuan rumahnya. Bagus sungguhlah. 

 Munir Mohd


Tidak seperti 'rakan-rakan'nya yang lain yang sebelum ini, kita selalu lihat video anjing sama ada mengejar dan bertindak agresif terhadap abam-abam posmen.

Tetapi anjing ini begitu jinak sekali!!! 

Seolah faham dan tahu, posmen yang datang hanya ingin menyampaikan surat, anjing itu terus mengambil surat itu daripada posmen dan berlalu pergi.  

Mungkin kerana sudah empat tahun lebih mengenali Munir menyebabkan anjing tersebut jinak dan tidak bertindak agresif terhadapnya. 

Semua abam posmen kena berguru dengan Munir ni! Apa ilmu dia gunakan hingga anjing itu menjadi jinak dengannya. - KitaReporters

You will be interested

Video| Anugerah MeleTOP 2020 lakar sejarah! Format 4K UHD!

Setelah Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020 yang sepatutnya pada 21 April 2020 tertangguh disebabkan pandemik COVID-19, ia kini akan diadakan pada 20 Disember 2020

Fariza Saidin in Gaya 2 days ago

Video| Belang baharu Harimau Malaya! Jalur Gemilang kurang?

Pelancaran belang baharu Harimau Malaya bagi edisi 2020-22 daripada Nike. Jersi baharu bagi jersi utama atau kandang (home) dan jersi kedua atau tandang (away)
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya 17 hours ago

Jalan Jerantut-Tembeling! Perlukan penyelenggaraan berkala!

Kerosakan teruk jalan raya antara Kg Pagi berdekatan Bukit Sebarau dan Bukit Awan ke lima perkampungan di Mukim Hulu Tembeling menyukarkan ke bandar Jerantut
Haris Fadilah Ahmad in Gaya 17 hours ago

Video| Di sebalik Kuasa Cintamu! Pengalaman Tok Ti, Aafiyah!

Video muzik Kuasa Cintamu nyanyian Siti Nurhaliza bukan sahaja bawa kelainan dari segi teknik penggambaran, lebih istimewa apabila Siti Aafiyah turut terlibat
Fariza Saidin in Gaya 1 day ago

Video| Pengambaran M:I 7 disambung! Tom Cruise nyaris maut!

Tom Cruise memandu kereta dengan Hayley Atwell berada bersama dalam adegan mengejar di Rome. Kerana kesilapan teknikal, kereta itu terbabas dan nyaris terbalik
Fauzan Uda Ahmad in Gaya 1 day ago