Seni & Sukan 29 Jul, 2021

Video| Uniknya beli pisang di Sabah! Penjual tiada, pembeli jujur! Di tempat lain, macam mana?

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


PISANG dan rakyat Malaysia memang tidak boleh dipisahkan. Pisang goreng, cekodok pisang, pengat pisang, kek pisang dan pelbagai lagi digunakan menggunakan pisang untuk membuat makanan atau minuman.

Penjualan pisang di pasar juga sangat unik, pisang tersebut digantung sahaja dan akan ditimbang oleh penjual kepada si pembeli semasa jual beli.

Namun berbeza pula di negeri Sabah di Bawah Bayu ini, cara membeli pisang di negeri tersebut sangatlah unik. Lain dari lain ye! Seorang lelaki dilihat sedang membeli pisang dan videonya tular dalam TikTok.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pisang



Apa yang uniknya adalah tiada penjual pisang yang kelihatan di gerai tersebut. Hanya dapat dilihat dua sikat pisang digantung dan terdapat satu bekas duit sahaja yang diletakkan.


Pelanggan yang ingin membeli pisang perlu meletakkan duit ke dalam bekas ini sahaja

Uniknya cara jual beli di negeri ini kerana penduduk setempatnya jujur. Ini kerana jika di tempat lain, pisang hilang dengan duit-duit sekali lesap.



Inilah video yang tular memaparkan lelaki ini dilihat sedang membeli dengan kaedah yang sangat unik ini. 

Zaman sekarang ini masih ada orang yang baik hati dan ikhlas menjual tanpa memikirkan kerugian. - KitaReporters



3
1
0
0
0
You will be interested