Seni & Sukan 13 Oct, 2021

Video| Minat bertani? Warga wanita di Selangor, KL dipelawa sertai kursus hidroponik, cendawan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this


Program QueenBiz Women Empowerment yang diasaskan oleh Dato’ Seri Puteri Rosmawini Tengku Dato’ Muiz ini ditubuhkan untuk memperkasa wanita di negara ini dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kemahiran.


AKTIVITI pertanian yang dilihat dapat membantu golongan wanita di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, penduduk Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terdiri daripada ibu tunggal, suri rumah dan belia dipelawa untuk menyertai kursus hidroponik dan cendawan selama dua hari pada penghujung November 2021 ini.

Pengarah projeknya Shashikala Rajasingam berkata, selain daripada kursus itu mereka juga akan didedahkan dengan perancangan perniagaan yang meliputi kursus pemasaran, asas aliran kewangan dan jalinan kerjasama dengan pertubuhan wanita, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Persatuan Bulan Sabit Merah, Jabatan Pertanian dan Jabatan Bomba.

Manakala kursus kemahiran yang dianjurkan pula merangkumi bidang perniagaan, penyediaan kertas kerja, pemilihan perniagaan dan jalinan kerjasama dengan beberapa agensi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pertanian

Pengarah projek Shashikala Rajasingam dan Rabiatul Adawiyah Suble.


“Dalam menjayakan program ini peserta juga diberi kesedaran mengenai pengurusan kebajikan, kaunseling, kesihatan, penerangan mengenai hak-hak wanita, peluang kerjaya dan pembelajaran sepanjang hayat,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu peserta yang menyertai kursus ini juga perlu mempunyai tahap kesihatan yang baik dan berminat untuk mengikuti serta mengaplikasikan pembelajaran hidroponik dan cendawan ini sehingga berjaya menjadi usahawan atau mentor dalam kursus yang diikuti ini.


Golongan wanita dipelawa sertai kursus hidroponik dan cendawan.


Shashikala menambah ramai yang terkesan dengan COVID-19  yang melanda dunia dan negara, oleh itu program seperti ini diharap dapat membantu wanita yang berumur 18 tahun hingga 55 tahun untuk merancakkan semula pendapatan Keluarga Malaysia, sekali gus menaik taraf ekonomi negara.

Katanya dengan menyertai kursus ini bukan sahaja dapat membantu mereka untuk berjaya menjadi usahawan malah mereka juga akan dibimbing untuk mendaftar atau menubuhkan syarikat sendiri.


Kursus Hidroponik dan Cendawan yang akan dianjurkan untuk golongan beliau, ibu tunggal, suri rumah dan asnaf di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Program QueenBiz Women Empowerment yang diasaskan oleh Dato’ Seri Puteri Rosmawini Tengku Dato’ Muiz ini ditubuhkan untuk memperkasa wanita di negara ini dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan kemahiran dengan penyertaan daripada semua pihak terutama Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), korporat, swasta, kerajaan, belia, The World Chinese Cheongsam Alliance  dan institusi pendidikan.

Justeru gandingan semua pihak di atas pastinya dapat merealisasikan pertubuhan ini untuk mengangkat wanita di persada negara dan dunia.


Program pertanian yang dianjurkan oleh NGO QueenBiz Women Empowerment ini.


Sementara itu bagi membantu menyelaraskan projek ini Rabiatul Adawiyah Suble telah dilantik untuk menyelengara dan memastikan projek ini mencapai objektifnya bersama pihak pengurusan.

Bagi mereka yang berminat sama ada untuk menyertai kursus, menjadi rakan strategik atau sukarelawan boleh WhatsApp kepada talian 013-6649005. - KitaReporters

Antara aktiviti QueenBiz Women Empowerment.


15
9
0
10
0
You will be interested