Seni & Sukan 20 Feb, 2021

Tunku Azizah terkejut tengok bil selepas pasang sebatang gigi geraham! Harga RM: We Love You!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


Pasti ramai yang mengetahui Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah seorang yang suka berkongsi perjalanan harian menerusi Instagram miliknya.

Apa sahaja aktiviti harian yang dilakukan mesti akan dikongsi bersama rakyat.

Terbaharu baginda berkongsi keterujaan selepas memasang sebatang gigi yang ditempah khas di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, baru-baru ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Tunku Azizah:

https://kitareporters.com/search?search=Tunku+Azizah



Dalam perkongsian berkenaan, Tunku Azizah turut memuat naik beberapa keeping gambar termasuk sampel gigi crown (geraham) Emax Crown yang ditempah.

Malah ketika menerima gigi berkenaan baginda menzahirkan rasa bangga dengan perkhidmatan yang ditawarkan di hospital berkenaan terutama Dr. Wan Azmil yang memberikan layan terbaik kepada baginda.



“Pergi pasang crown saya di #hospitaltuankumizan… terima kasih kepada Dr Awie @ttdentallaboratory… terperanjat saya terima bil!!! Love my new Crown Cantek sangat dan tak perlu adjust pun…selesa sangat!!!,” kongsinya dalam Instagram miliknya @airtangan_tunkuazizah.

Posting berkenaan disaksikan hampir 40,000 pengikut di Instagram miliknya.

Lebih mengujakan apabila baginda berpuas hati dengan layanan yang diberikan di hospital termasuk doktor yang merawatnya.

Malah, Tunku Azizah turut menzahirkan rasa terkejut apabila pihak hospital berkenaan tidak mengenakan bayaran.

Menariknya pada ruangan bil berkenaan tercatat  “WE LOVE YOU”. 



Wah!!! Beruntung pihak hospital berkenaan menerima tempahan daripada Raja Permaisuri Agong.

Mesti bangga doktor yang bertanggungjawab menyiapkan gigi berkenaan, maklumlah individu yang menempah itu bukan calang-calang tetapi individu istimewa yang menjadi kesayangan seluruh rakyat.

Semoga Tunku Azizah sentiasa dalam Rahmat-Nya dan diberikan kesihatan baik sepanjang masa. - KitaReporters


12
3
0
0
0
You will be interested