Seni & Sukan 26 Jun, 2021

Terbaiklah UniSZA! Lancar program jejak vaksin bagi santuni penduduk! Di pedalaman Terengganu

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this


UNIVERSITI Sultan Zainal Abidin (UniSZA) merancang mengadakan lebih banyak program outreach (penyantunan) yang menyasarkan kepada penduduk kampung di kawasan pedalaman di Terengganu dengan tujuan meningkatkan lagi pengambilan vaksin Covid-19 dalam kalangan mereka

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak ini atau dikenali dengan nama Program Jejak Vaksin UniSZA yang mendapat persetujuan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mula beroperasi pada Sabtu 26 Jun 2021 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kesom, Manir, Kuala Terengganu dengan menyasarkan kepada 600 penerima vaksin daripada kawasan berhampiran.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut hadir meninjau pelaksanaan program pertama yang dilaksanakan oleh UniSZA di kampung tersebut.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UniSZA


Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menunjukkan tanda bagus kepada seorang warga emas yang menerima vaksin di Sekolah Kebangsaan Kesom Manir, Kuala Terengganu. - Kredit foto: Facebook UniSZA


Naib Cancelor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pasukan petugas UniSZA akan menggunakan konsep pop-up centre dan menjalankan sekurang-kurangnya dua program seminggu dengan sasaran seramai 300 peserta bagi setiap program.

Katanya, sebanyak 50 program dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh enam bulan dan dijangkakan lebih 15,000 suntikan vaksin dapat diberikan kepada penduduk pedalaman.

Beliau berkata, menerusi program itu beberapa pihak seperti Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Setiu dan Kuala Nerus telah menyatakan hasrat untuk berkoloborasi bagi menjayakan projek berkenaan. 


Dr Hassan Basri Awang Mat


“Sukarelawan pasukan ini terdiri daripada pakar-pakar perubatan, pensyarah kejururawatan, pensyarah farmasi, jururawat, ahli farmasi, pelajar perubatan, pelajar kejururawatan dan sukarelawan bukan perubatan daripada pensyarah-pensyarah UniSZA daripada Fakulti Informatik dan Komputeraan dan staff sokongan,” kata Dr Hassan.

Beliau berkata, pasukan tersebut berupaya memberikan suntikan vaksin di antara 300 hingga 600 orang sehari dan boleh dipertingkatkan berdasarkan kepada keperluan semasa.

Pelaksanaan PPV IPT UniSZA merupakan usaha sama UniSZA dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi;  JKNT; Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); Kementerian Sains, Teknologi dan  Inovasi (MOSTI); Jabatan Pendidikan Negeri Terenganu; dan Kerajaan Negeri Terengganu.

“Ia akan diselaraskan oleh CITF Daerah dengan kerjasama daripada pihak masyarakat setempat, agensi di bawah Pejabat Daerah dan Dewan Undangan Negeri,” katanya.


Dr Ahmad Samsuri (tengah) ketika meninjau PPV UniSZA di Sekolah Kebangsaan Kesom,Manir,Kuala Terengganu


Selain itu, program ini juga disokong oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan badan-badan koporat seperti TDM Berhad, Hospital Pakar Kuala Terengganu, Dewan Perniagaan Cina Terengganu, Persatuan Khairunnisa’ dan sebagainya.

Dr Hassan berkata, sehingga kini program tersebut  telah menerima dana sebanyak RM100,000 daripada TDM,  Dewan Perniagaan Cina Terengganu (RM50,000),  Persatuan Khairunnisa' (RM10,000) dan Leeeds Dynamic (RM3,000).

Pihak Dewan Perniagaan Cina Terengganu turut menyumbang dalam bentuk barangan seperti alat pakai buang, makanan dan air mineral. - KitaReporters


Antara penerima-penerima vaksin anjuran UniSZA bergambar kenangan bersama Dr Ahmad Samsuri (kanan) dan Dr Hassan Basri (tengah).

1
1
0
0
0
You will be interested