MASYARAKAT Luak Terachi di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan kini boleh berbangga kerana mempunyai sebuah lagu khas yang dicipta sebagai usaha mempopularkan keindahan panorama dan alam semula jadi yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan. : KitaReporters
Aminuddin Harun menunjukkan CD lagu Luak Terachi bertajuk ' Pulang' yang dihadiahkan kepada beliau semasa hadir ke majlis memperdengarkan lagu tersebut kepada umum di Rumah Warisan Uwan Robiah di Terachi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 17 Disember 2020. - Kredit Foto: FB Aminudddin Harun dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Negeri Sembilan:https://kitareporters.com/search?search=negeri+sembilan
Juga sebagai usaha meminta warga Terachi yang merantau kembali menjengok kampung halaman yang kaya dengan warisan pelbagai budaya lama dan perlu ditonjokkan kembali untuk tatapan generasi masa kini.
Lagu tersebut yang dinyanyikan dalam versi loghat Negeri Sembilan mengikut sebutan masyarakat tempatan sebenar secara tidak langsung mampu diketengahkan sebagai produk seni setempat boleh dibanggakan.
Malahan penghasilan seni visual itu merupakan suatu anjakan kebudayaan yang diterjemah melalui nyanyian sebagai khazanah tidak ternilai bagi masyarakat setempat dalam kalangan komuniti Luak Terachi merupakan antara beberapa luak terdapat di negeri beradat perpatih itu.
Semasa hadir pada majlis memperkenalkan lagu khas Luak Terachi itu Amiruddin Harun (kanan) sempat melihat pameran buku-buku berkaitan adat perpatih bersama empat pemimpin masyarakat setempat di Terachi, Kuala Pilah.
Bertempat di Rumah Warisan Uwan Robiah di Terachi, Kuala Pilah, satu majlis ringkas tetapi penuh makna diadakan bagi memperkenalkan lagu khas tersebut pada Khamis 17 Disember 2020. Majlis berlangsung dalam suasana keakraban dalam kalangan Soko Luak Terachi yang turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Amiruddin Harun.
Lagu bertajuk 'Pulang' ciptaan penulis lirik muda berbakat Khairul Azim Rashidi dinyanyikan oleh
Khairul Azim Rashidi yang juga dikenali warga tempatan dengan panggilan Amy Giant yang memiliki suara mirip penyanyi Datuk Hattan bakal dijadikan lagu rasmi Luak Terachi dan akan dinyanyikan pada setiap majlis keraian, keramaian atau acara-acara sambutan yang berlangsung di sekitar Terachi.
Seorang aktivis seni budaya, Dr Rashidi yang juga ayah kepada pencipta lagu berkenaan pada majlis tersebut berkata, ilham untuk menghasilkan lagu 'Pulang' setelah mendapati terlalu kurangnya lagu Minang versi tempatan yang menggunakan loghat Negeri Sembilan sebenar bila berlangsungnya suatu majlis keraian atau keramaian.
Yang ada lagu-lagu Minang versi Indonesia dan popular dalam kalangan masyarakat setempat termasuklah antaranya 'Ayam Den Lopeh' dan "Takanang'.
Dr. Rashidi menceritakan kepada para tetamu bagaimana bermulanya tercetus idea untuk mencipta lagu Luak Terachi yang diberi tajuk 'Pulang' pada majlis memperkenalkan lagu tersebut kepada umum. Turut kelihatan ialah penciptanya, Khairul Azim Rashidi (berdiri, kiri).
Bermula dari sinilah, beliau bersama rakan berbincang bagi menjayakan hasrat untuk menghasilkan lagu tersebut di samping bantuan anaknya Khairul Azim sebelum ini pernah mencipta lagu untuk okestra RTM.
Dalam menjayakan misi tersebut, Dr. Rashidi bersama anaknya terpaksa membuat dua kali tinjauan dan penyelidikan dalam kawasan Terachi termasuklah pinggiran Gunung Angsi hingga ke Alam Warisan untuk melihat serta cuba merasai sendiri keadaan keindahan panorama serta alam semula jadi di situ serta cara hidup mahupun budaya masyarakat setempat.
Malahan suatu yang penting perlu adanya koleksi lagu-lagu Minang versi Negeri Sembilan yang menggunakan loghat Minang tempatan terutama lagu-lagu berkaitan masyarakat setempat, budaya, sosial dan alam sekeliling, lebih-lebih lagi warisan tradisi lama kerana sebagai negeri beradat perpatih sudah tentulah pelbagai warisan banyak terdapat dalam kalangan masyarakatnya mengamalkan adat luak.
Melalui lagu 'Pulang' para pendengar didedahkan oleh penciptanya mengenai keindahan alam semula jadi dan panorama di sekitar kawasan Terachi antara Gunung Angsi yang menjadi tumpuan pendaki tempatan dan luar Negeri Sembilan dan kawasan perkelahan Ulu Bendul yang popular sejak sekian lama.
Penyanyi lagu 'Pulang' merupakan lagu Luak Terachi, Muhd. Helmi Abdul Halim mempersembahkan nyanyian lagu tersebut di hadapan hadirin semasa majlis memperkenalkan kepada umum di Rumah Warisan Uwan Robiah di Terachi, Kuala Pilah pada 17 Disember 2020.
Kesuburan tanah lembah yang dikelilingi banjaran gunung, keindakan desa Terachi dengan tiupan angin nyaman di sawah juga ditumbuhi pokok kelapa agak tinggi dan kerbau lembu berkeliaran mancari makan.
Lagu ini memuatkan nasihat supaya menjaga dan tidak melupakan adat pusaka lama warisan orang tua-tua supaya generasi masa kini dapat mengetahuinya dan mewariskan pula kepada masyarakat akan datang.
Cerita Kampung Jonangan dalam lagu ini merupakan sebuah kampung lama turun temurun di mana terdapat 'batu hidup' sebagai warisan yang penulisnya berharap warga Terachi yang merantau pulang menjenguknya kembali kerana rumah-rumah lama banyak yang ditinggalkan terbiar.
Pencipta lagu Luak Terachi bertajuk 'Pulang' Khairul Azim Rashidi (kiri) dan penyanyi lagu berkenaan Muhd Helmi Abdul Halim pada majlis memperkenalkan lagu tersebut kepada umum di Terachi, Kuala Pilah.
Malahan menurut penulis, kepulangan anak rantau Terachi mampu memeriahkan kembali kampung halaman yang banyak mempunyai sejarah dan kenangan silam selain keindahan desa memiliki keistimewaan tersendiri.
Inspirasi melahirkan seni budaya melalui lagu seperti dilakukan oleh masyarakat Luak Terachi perlu diberi anjakan positif terutama sokongan para aktivis budaya di Negeri Sembilan dalam usaha menambah lagi produk seni di negeri beradat ini.
Juga selain itu, ia antara langkah ke arah menarik minat generasi muda terus meminati seni budaya khususnya lagu-lagu yang menceritakan mengenai kehidupan masyarakat setempat meliputi pelbagai aspek budaya, kemasyarakatan, alam sekeliling dan sebagainya dengan penerapan loghat tempatan adalah lebih baik lagi berkesan.
Inisiatif melahirkan lagu 'Pulang" merupakan usaha sama Lembaga Muzium Negeri Sembilan dengan pihak swasta dalam mengetengahkan penghasilan lagu-lagu berteraskan negeri berkenaan di mananya disalurkan melalui kerajaan negeri dalam memperkasakan adat perpatih. - KitaReporters
Sebahagian jemputan khas yang hadir pada majlis memperkenalkan lagu Luak Terachi bertajuk 'Pulang' di Rumah Warisan Uwan Robiah di Terachi, Kuala Pilah, negeri Sembilan.