Seni & Sukan 11 Dec, 2020

Tahniah Sam-Puteri Eifa! Sam Bunkface buat kejutan! Dah nikah

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

Kata orang "jika tiada angin masakan pokok bergoyang" tetapi peribahasa itu lebih sesuai ditujukan kepada berita yang belum sahih tetapi diperkatakan ramai. Namun, berlainan pula bagi penyanyi Sam Bunkface yang dalam senyap-senyap tanpa adanya khabar angin mengenai perkahwinannya tiba-tiba memuat naik  gambar perkahwinannya sekali gus menamatkan zaman dudanya hampir 2 tahun. : KitaReporters 


Foto kredit: Instagram @sambunkface


Lagi kisah-kisah berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


“Pergh Sam, Tiba2 ni ada post kahwin, tak expect langsung… takde berita takde apa…” komen seorang warga net @moment.art_. diikuti ramai lagi.




Kejutan yang dimuat naik pada Jumaat, 11 Disember 2020, vokalis kumpulan Bunkface itu  yang bernama penuh, Shamsul Annuar Mohd Baharum, 32, ternyata memeranjatkan ramai sahabat artis serta pengikutnya yang berjumlah 142,000 orang.

Sebanyak lebih 30,000 tanda suka dan lebih 900 komen dilayangkan pada gambar perkahwinannya bersama  Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi itu waima Sam sendiri pun hanya menulis ringkas sahaja memohon doa yang baik-baik buat perkahwinan keduanya itu.

Yang pasti Sam mengambil berkat hari Jumaat untuk mengumumkan pernikahannya yang sudah tentu majis pernikahannya itu berlangsung pada sebelah malam hari Khamis, 10 Disember 2020.




Berpakaian sedondon rona putih di atas pelamin berbunga-bunga, Sam memperlihatkan 5 keping gambar termasuk ketika menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manis Puteri Eifa.



Bintang Paling Popular ABPBH33, Haqien Rusli dilihat artis pertama yang mengucapkan tahniah kepada Sam diikuti Juara Mentor Milenia 2019, Apex Tajudin.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang masih belum mengetahui kisah lalu Sam waima bertanya seolah tidak mengetahui yang penyanyi itu sudah beristeri sebelum ini.



Untuk rekod, abang kepada pelakon, SIti Saleha Mohd Baharum ini pernah berkahwin dengan seorang penerbit rancangan Aida Azira Hussin pada 25 April 2015 tetapi bercerai pada penghujung bulan Januari 2019 setelah keretakan rumah tangga mereka serta perpisahan dihidu media namun dirahsiakan.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang putera, Maleeq yang kini berusia 4 tahun.  Dan berhubung perkahwinan keduanya ini, Sam dilaporkan belum memberi komennya apabila tidak menjawab panggilan beberapa media yang cuba menghubunginya.

Apa pun tahniah Sam dan Puteri Eifa. - KitaReporters

2
2
0
1
0
You will be interested