Seni & Sukan 19 Dec, 2020

Video| Tak payah ribut! MC Syze, Joe Flizzoe buat Selamba je!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

APABILA sudah berada dalam industri selama 16 tahun apatah lagi menjadi artis rakaman dalam landskap muzik Malaysia, sudah tentulah empunya diri mahu melihat perkembangan selanjutnya apatah lagi dunia sudah menjangkau ke abad 21. Dan itulah yang dilakukan oleh penyanyi rap, penghibur, produser dan penyumbang suara di radio, MC Syze yang kini menubuhkan label miliknya sendiri, Trigger Happy Records. : KitaReporters


Lagi kisah-kisah berkaitan hip hop:

https://kitareporters.com/search?search=hip+hop


Dan projek perdana yang muncul dari ‘hiatus industri’ MC Syze merupakan album penuh miliknya yang diberi judul ‘Syze Does Matter’ mengandungi 13 buah lagu keseluruhannya, dijangka pelancarannya tahun hadapan.

Menariknya, single yang merupakan lagu di trek ketujuh album ini, Selamba menampilkan ikon hip hop tempatan serta presiden DefJam Asia Tenggara - Joe Flizzow. 




Lagu 'Selamba' telah berjaya memenangi peminat dan pengkritik serta sedang dalam perjalanan untuk menjadi salah satu tonggak budaya dalam Muzik Malaysia. 

'Selamba’ dalam konotasi bahasa Melayu mempunyai pelbagai maksud dan ia bergantung kepada bagaimana seseorang menggunakan perkataan itu dalam konteks masing-masing. 

Bagi Syze, 39, atau nama sebenarnya, Ashish Rajahser,  ‘Selamba’ bermaksud santai, tenang dan fokus. 

Dengan menjadi selamba, Syze berjaya mengatasi halangan dan mencapai kemajuan positif dalam kariernya malah menanam  berhasrat untuk mendorong masyarakat menyesuaikan diri dengan pola fikir 'selamba'.

“Ini kerana dengan hanya menjadi selamba, seseorang dapat membuat keputusan yang lebih bijak untuk tahun 2021 dengan lebih progresif kerana 2020 merupakan tahun yang penuh tekanan buat semua,” ujar Syze.

Menurutnya, dia berbesar hati memilih Joe untuk menjadi penyanyi undangan istimewa dalam lagunys kerana perkataan selamba itu sangat menepati karakter Joe Flizzow. 



“Saya membesar dengan mengikuti dan mendengar lagu-lagu Too Phat. Joe merupakan seorang ikon dalam industri malah idola ramai orang termasuk saya. Segalanya tentang Joe merangkumi perkataan selamba dan memang kena betul dengan karakternya. 

“Cara Joe menulis juga tidak terlalu ‘complicated’ atau sukar. Senang untuk pendengar dan masyarakat hadam dan menyanyikan semula. Joe merupakan mentor yang hebat untuk saya dari tahun 2004 hingga sekarang,” ujar Syze mengenai kolaborasi menariknya  itu.  

Untuk rekod, Syze pernah tampil dalam siri cypher Joe Flizzow - 16 Baris malah pendengar radio arus perdana turut mengingati kejayaannya melalui lagu, Dancin' yang melonjak dan menjadi trek malar segar satu ketika dulu. 



Bagi Joe Flizzow pula lagu 'Selamba' dianggap sebagai sebuah penawar atau remedi untuk tahun 2020 yang  memberi dugaan serta tamparan hebat untuk semua masyarakat.

“Menurut saya, pada akhirnya sesebuah lagu kena sedap, tidak kiralah dengan siapa kita nyanyikan. Kekuatan lagu ini terletak pada melodi dan merupakan sesuatu yang segar untuk industri muzik.

“Lagu ini mempunyai elemen R&B dan rap di mana  aya boleh katakan bahawa genre R&B sudah semakin kurang di Malaysia, jadi lagu ini memang sesuatu,” ulas Joe.

”Ini merupakan kombinasi yang sesuai dan lagu ini senang didengar. Sebuah lagu yang ceria untuk mengakhiri tahun 2020 dan menjadi pembuka yang baik untuk 2021. Muzik selalu menjadi penawar untuk banyak perkara. 'Selamba', kami rasakan satu penawar yang hebat untuk mengakhiri 2020,” tambah mereka berdua berselang seli.



Seorang penghibur yang mantap, Syze turut membina portfolio tersendiri di Malaysia dengan kehadirannya di pentas berprestij di mana beliau permah menjadi artis pembuka tirai untuk penyanyi-penyanyi dari Amerika Syarikat seperti Kanye West di Kuala Lumpur, Missy Elliot di Genting Highland, Nas di Bangkok serta The Roots di Bukit Kiara dan ramai lagi penghibur hip hop antarabangsa lain.

Bahkan Syze pernah tampil di penjara keamanan di Jakarta, Indonesia yang disebut Cipinang Penitentiary Institution dalam pertunjukan hip hop antidadah pertama yang mempamerkan penghibur dari seluruh Asia Tenggara.

Wah! cukup warna-warna kehidupannya  kan?

Lebih menarik, Syze bersama  DJ Biggie dan rapper Dan Shiv menghasilkan lagu ‘Harimau Malaya (Black and Yellow Remix) untuk pasukan bola sepak Malaysia yang masih mendapat tayangan di radio nasional setiap kali pasukan bola sepak Malaysia muncul sebagai pemenang.



Selain itu, single utama dari album rakaman ini merupakan ATCL (A Thing Called Love) yang didebut pada 9 Julai 2020 dan telah mengumpulkan lebih dari 130,000 pendengar di hampir 50 negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Switzerland, Singapura dan tentu sahaja, Malaysia.

Untuk turut merangkumi daya tarik berbentuk pelbagai budaya melalui ‘Syze Does Matter’, album ini juga memaparkan nama besar dalam industri Tamil tempatan - Psychomantra

Lagu yang diberi judul ‘Salasalapu’ menangani masalah sosial dan memberi fokus terhadap  penyebaran naratif positif dan akan mempunyai video animasi sepenuhnya oleh Kensmen Film Squad yang berpangkalan di Chennai, India.

Apa pun, terlebih dahulu. video muzik ‘Selamba’  video diarahkan oleh ATG yang sedang membina gelombang di industri tempatan dengan menyalurkan visual dan hasil kerja kreatif untuk artis-artis seperti Zamaera dan Luqman Podolski. 

Berdurasi 5 minit 10 saat, dalam laman YouTube MC Syze , video muzik berkenaan turut  menampilkan Sonaone, Darren Ashley, Orumari dan Azique Beats.

Semestinya video muzik berkonsep filem pendek ini tidak patut dilepaskan untuk menjadi tontonan masyarakat. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested